web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Johor Cadang ‘Lockdown’ Penuh Bersasar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2021 7:21PM

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Bimbang dan takut melihat situasi COVID-19 di negara ini yang semakin serius, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencadangkan supaya kerajaan negeri dan pusat melaksanakan lockdown penuh secara bersasar.

Baginda menitahkan supaya lockdown penuh bersasar itu dilaksanakan di semua sempadan bagi menangani jumlah kes COVID-19 di setiap negeri, tanpa menghentikan kegiatan ekonomi negara secara keseluruhannya.

“Saya mencadangkan lockdown penuh secara bersasar mengikut negeri ataupun rantau.

“Sudah tidak terkata lagi kebimbangan dan ketakutan tentang situasi COVID-19 di negara kita. Saya mencadangkan perkara ini atas keprihatinan kepada nasib yang menimpa negara kita,” titah baginda menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Cadangan baginda itu merujuk kepada lockdown penuh negeri zon Selatan, iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan selama dua minggu yang dilaksanakan sebelum ini.

Titah baginda, negeri lain yang tidak terbabit boleh meneruskan kegiatan ekonomi mengikut peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan masing-masing.

“Begitulah juga sebaliknya, ketika lockdown penuh diikuti zon lain seperti di pantai timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan, negeri yang tidak terbabit pula meneruskan kegiatan ekonomi,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, cara berkenaan diyakini dapat menangani bilangan kes walaupun tanpa menutup kegiatan ekonomi negara secara keseluruhannya.

Baginda turut menzahirkan harapan untuk buah fikiran itu dipertimbangkan oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

“Saya harap ia akan dipertimbangkan sebaiknya oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” titah baginda. - Getaran, 28 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 minggu yang lalu

Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia Bakal Pamerkan 200 Jenama Terkemuka Dari China

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Upacara Ketenteraan Pelengkap Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia