web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Pahang Perketat Proses Pajakan, Pindah Milik Tanah - MB

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2023 8:10PM

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang telah memperketatkan proses bagi pajakan, gadaian, pindah milik dan pelupusan tanah rizab Melayu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Langkah itu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan dan pegangan tanah rizab Melayu di Pahang agar terus terpelihara, justeru beliau berkata, semua permohonan bagi tujuan pajakan dan pemilikan perlu diangkat untuk pertimbangan serta kelulusan pihak berkuasa negeri. 

Beliau berkata, setakat ini jumlah keluasan tanah rizab Melayu yang sudah diwartakan berkeluasan 397,619.05 hektar di seluruh Pahang. 

"Bagi memastikan keluasan kawasan tersebut dikekalkan, sebarang pembatalan ke atas rizab Melayu perlulah mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri dan penggantian kawasan baru akan dilaksanakan serentak.

"Selain daripada itu, bagi menambah jumlah keluasan tanah rizab Melayu, semua Projek Skim Tanah Rakyat (STR) turut diwartakan sebagai kawasan rizab Melayu," katanya ketika berucap pada Seminar Memperkasa Ekonomi Bumiputera Pahang 2023 di Dewan Utama Majlis Bandaraya Kuantan di sini, hari ini.

Sementara itu, Wan Rosdy memaklumkan, antara inisiatif yang dijalankan kerajaan negeri bagi meningkatkan lagi pendapatan dan ekonomi golongan bumiputera adalah melalui pelaksanaan STR dengan projek ekonomi yang dijalankan adalah berasaskan projek pertanian.

Menerusi pelaksanaan STR, beliau berkata, kerajaan negeri juga dapat memberi peluang kepada rakyat terutamanya bumiputera yang masih belum mempunyai tanah untuk memiliki aset dan sekali gus dapat dibangunkan secara ekonomik. 

Bagi merapatkan jurang pendapatan dan mengurangkan kadar pengangguran pula pelbagai inisiatif dijalankan oleh kerajaan negeri terutama dalam bidang keusahawanan melibatkan kaum bumiputera antaranya pelaksanaan Skim I-Push berjumlah RM20 juta telah diperuntukkan pada 2022 dan 2023.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya turut menetapkan kuota sebanyak 30 peratus bagi pekerja bumiputera dalam kalangan rakyat Pahang bagi memastikan penglibatan bumiputera dalam industri pembinaan. 

Dalam pada itu, Menteri Besar berkata, kebanyakan projek sakit di Pahang berpunca antaranya daripada kontraktor yang dilantik dan punca mengenai faktor itu harus dikenal pasti. 

"Misalnya di Jelai sahaja ada 26 projek yang sakit, saya dimaklumkan bahawa 70 hingga 80 peratus adalah masalah kontraktor...masalah ini akan memberi kesan kepada rakyat," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

3

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Maut Lori Bertembung

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Pemandu Lori Balak Maut Digilis Jentera Berat

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Bas Terbabit Nahas Di Genting Highlands Tiada Lesen Memandu

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

oleh Sophia Ahmad