web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3,934 Individu Di Melaka Tidak Hadir Temu Janji Vaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2021 2:35PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seramai 3,934 individu disahkan gagal menghadiri temu janji bagi menerima suntikan vaksin COVID-19 yang dikendalikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, jumlah itu membabitkan tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Melaka.

Menurut beliau, sejumlah 15,637 temu janji dikeluarkan sehingga 25 Mei lalu untuk penerima yang layak bagi PICK Fasa Dua, mencakupi warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan golongan berisiko tinggi.

"Daripada 3, 934 yang tidak hadir itu, 3,612 adalah untuk dos pertama, manakala baki 322 lagi melibatkan dos kedua vaksin.

"Masalah kesihatan, ketiadaan pengangkutan dan berada di luar kawasan adalah antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan itu," katanya di sini hari ini.

Rahmad menarik perhatian, ada juga penerima yang menolak untuk hadir kerana enggan mengambil vaksin tersebut.

"Ada juga yang tidak hadir kerana tidak mengetahui temu janji vaksinasi melalui aplikasi My Sejahtera atau yang diuruskan melalui kaedah lain.

"Bagaimanapun mereka yang tidak hadir untuk menerima suntikan namanya tidak akan disenarai hitam atau dipadam daripada sistem," katanya.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata, mereka yang tidak hadir ke PPV pada tarikh yang sudah ditetapkan boleh membuat temu janji baharu.

"Sekiranya tidak dapat hadir pada hari yang ditetapkan mereka boleh memohon tarikh baharu untuk (menerima) suntikan.

"Tetapi saya menyarankan agar mereka yang sudah tersenarai dapat hadir pada tarikh ditetapkan bagi memudahkan serta melancarkan pemberian vaksin secara berfasa ini," katanya.

Terdahulu, semakan yang dibuat melalui aplikasi My Sejahtera menunjukkan bahawa 50.07 peratus populasi daripada keseluruhan 350,991 penduduk negeri itu sudah mendaftar untuk menerima vaksin masing-masing. - Getaran, 29 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia