web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kabinet Akan Putuskan Penghantaran Jemaah Haji

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2021 4:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Satu mesyuarat Kabinet bakal diadakan dalam tempoh terdekat untuk memutuskan sama ada kerajaan akan meneruskan penghantaran jemaah haji tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata pihaknya turut difahamkan sudah ada beberapa negara yang telah memutuskan untuk tidak menghantar jemaah menunaikan haji pada tahun ini.

"Apa pun kita tunggulah keputusan Kabinet kerana masa yang ada sudah semakin suntuk.

"Memang negara kita dibenarkan untuk mengerjakan haji dalam jumlah tertentu namun angka atau kuotanya masih lagi kabur," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri penyerahan barangan keperluan makanan sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (​YaPEIM) Kelantan kepada penduduk Kampung Pauh Lima, di sini hari ini.

Ahmad Marzuk berkata berdasarkan maklumat, kerajaan Arab Saudi membenarkan hanya 60,000 jemaah haji tahun ini iaitu 45,000 jemaah dari seluruh dunia dan 15,000 jemaah dari negara itu sendiri.

"Malaysia juga mendapat ruang tertentu tetapi kita belum mendapatkan lagi keputusan jelas (jumlah sebenar kuota jemaah) daripada kerajaan Arab Saudi. Kita jangkakan dalam masa terdekat ini jumlah itu bakal diperoleh," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai vaksin jenis Sinovac yang tidak diterima pakai oleh Arab Saudi, Ahmad Marzuk yang juga Ahli Palimen Pengkalan Chepa berkata, kerajaan akur sekiranya peraturan itu ditetapkan negara tersebut.

"Soal itu sebenarnya tidak berbangkit kerana sudah ramai rakyat negara ini yang mengambil vaksin Pfizer-BioNtech dan vaksin jenis itu diiktiraf oleh Arab Saudi,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia