web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Restoran Tular Di Teluk Intan Tiada Sijil Halal - JAIPk

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2023 8:07AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengesahkan Restoran Hawayi di Teluk Intan tidak mempunyai sijil halal. 

Pengarah JAIPk Harith Fadzilah Abdul Halim berkata hasil semakan oleh Bahagian Pengurusan Halal JAIPk mendapati restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

Beliau berkata JAIPk tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis berkenaan sepanjang operasinya dan perkara itu perlu diambil berat oleh masyarakat Islam. 

"Saya menasihati seluruh masyarakat Islam agar berhati-hati apabila kita ke restoran dan tempat makan. Sebagai orang Islam kita digalakkan tengok ada logo halal atau tidak," katanya ketika dihubungi. 

Terdahulu, isu status halal restoran terbabit hangat diperkatakan di laman sosial Facebook sehingga menimbulkan kebimbangan pengguna Muslim lain. 

Malah seorang pengguna laman Facebook dengan nama Abang Ameen menyatakan hasil semakan di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tiada menemukan rekod restoran terbabit mempunyai sijil halal. 

Sementara itu, Harith Fadzilah berkata pihaknya turut menasihati orang ramai khususnya masyarakat Muslim agar tidak cepat terpengaruh dengan kehadiran ramai orang Islam ke kedai berkenaan. 

"Orang Islam wajib memastikan semua makanan dan minuman bersih, suci dan halal kerana ia menjadi darah daging kita. Paling penting pastikan setiap restoran atau tempat makan itu mempunyai SPHM kerana tanda halal itu adalah jika operasi dan bahan makanan di sesebuah premis itu menepati syarat," katanya. 

Beliau berkata sebagai pengguna, mereka boleh membuat semakan melalui aplikasi telefon pintar dan sikap berhati-hati dalam memilih premis makanan amat wajar dilakukan kerana masyarakat Islam perlu berhati-hati dalam hal ehwal berkaitan makan serta minum selain berdasarkan hukum syarak.

"Itu sebab kita galakkan kepada mana-mana pemilik restoran dan individu untuk memohon sijil halal kerana ia lebih meyakinkan masyarakat," katanya.  - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengusaha Restoran Bertahan Tidak Naikkan Harga Demi Pelanggan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

4

Semasa 1 bulan yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM

Semasa 6 jam yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

oleh Sophia Ahmad