web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anti Vaksin Hasut Rakyat Boleh Dikenakan Tindakan - Takiyuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 May 2021 3:30PM

Takiyuddin mengagihkan sumbangan kepada penerima vaksin Parlimen Kota Bharu di pejabatnya di Kota Bharu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Golongan anti vaksin yang cuba menghasut orang ramai daripada menerima suntikan COVID-19 boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk di bawah Akta Hasutan 1948.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, selain, individu itu juga boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Ordinan Darurat 2021.

“Untuk golongan itu (anti vaksin), kita tidak perlukan undang-undang baru sebaliknya boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

"Kita minta masyarakat supaya tidak menyebarkan maklumat yang berbentuk provokasi berhubung vaksin COVID-19," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau pengagihan sumbangan kepada penerima vaksin  Parlimen Kota Bharu di pejabatnya di sini, hari ini.

Takiyuddin turut menggesa orang ramai supaya tidak menimbulkan suasana yang tidak tenang dan boleh menjejaskan keamanan.

Katanya, dalam keadaan negara berdepan pandemik COVID-19, orang ramai sepatutnya tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu.

"Sekiranya ada yang masih ingkar (sebar maklumat palsu) pihak berkuasa boleh mengambil tindakan sewajarnya.

"Sebarang tindakan diambil bukan menunjukkan kerajaan bertindak keras, sebaliknya ia adalah pilihan terakhir kita sekiranya keadaan semakin tidak terkawal,” katanya.

Pada perkembangan lain beliau berkata, kerajaan belum membuat keputusan berhubung cadangan untuk mengenakan kompaun terhadap individu yang gagal menghadiri temu janji janji suntikan vaksin COVID-19.

Katanya, setakat ini dasar kerajaan mengenai suntikan adalah percuma dan sukarela.

"Namun, kita ada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) serta Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) yang mengendalikan isu vaksin. Terpulang pada jawatankuasa itu untuk mengambil tindakan atau tidak," katanya. - Getaran, 30 Mei ,2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia