web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKPD Kuala Terengganu, PDRM Bina 9 SJR, Tutup 10 Laluan Alternatif

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2021 5:27PM

Abd Rahim Md Din memantau pemeriksaan di SJR Padang Midin, Kuala Terengganu, Terengganu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD di Kuala Terengganu dimulakan dengan sembilan sekatan jalan raya (SJR) di semua laluan utama bandar raya itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu  Asisten Komisioner (ACP) Abd Rahim Md Din berkata, polis turut menutup 10 jalan yang sering dijadikan laluan alternatif bagi memasuki bandar raya selama 14 hari PKPD berkuatkuasa.

Menurut beliau, kesemua SJR itu diadakan di sempadan daerah Kuala Nerus, Marang serta Hulu Terengganu, manakala penutupan laluan alternatif pula membabitkan 10 jalan yang menghubungkan kesemua daerah berkenaan dengan Kuala Terengganu.

“Penutupan sekatan kita lakukan dengan meletakkan penghadang plastik dan batu di sempadan dearah ini, melalui kerjasama Jabatan Kerja Raya Kuala Terengganu,” katanya kepada media selepas tinjauan di Sekatan Jalan Raya SJR Kampung Padang Midin di sini.

Tambahnya, sembilan SJR itu membabitkan sempadan daerah Kuala Terengganu- Kuala Nerus, Kuala Terengganu- Marang dan Kuala Terengganu- Hulu Terengganu.

Beliau berkata seramai 150 anggota polis dan 33 anggota Angkatan Tentera Malaysia dikerahkan untuk berkawal di kesemua SJR terbabit.

Abd Rahim memberi amaran, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana penduduk yang mengalihkan sekatan dibina polis.

Pada masa sama, beliau turut menyeru kepada penduduk Kuala Terengganu supaya duduk di rumah dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPD yang ditetapkan.

“Saya nasihatkan penduduk daerah Kuala Terengganu yang terlibat  dalam PKPD supaya duduk di rumah dan hanya keluar sekiranya mereka ada urusan dibenarkan.

“Ikut SOP PKDP,  kalau nak dapat (beli) barang keperluan hanya seorang sahaja dan selepas keluar, terus balik ke rumah,” katanya.

Khamis lepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPD membabitkan 21 mukim dalam daerah Kuala Terengganu.

Mukim terbabit ialah Mukim Manir, Mukim Bukit Besar, Mukim Pengadang Buluh, Mukim Belara, Mukim Paloh, Mukim Kubang Parit, Mukim Serada, Mukim Rengas, Mukim Chendering, Mukim Bandar, Mukim Chabang Tiga.

Mukim Kepong, Mukim Gelugur Kedai, Mukim Kuala Ibai, Mukim Atas Tol, Mukim Tok Jamal, Mukim Losong, Mukim Batu Buruk, Mukim Pekan Chabang Tiga, Mukim Pulau Pulau dan Mukim Gelugur Raja. - Getaran, 30 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia