web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pendaftaran PADU: Proses e-KYC Ambil Masa Kurang Lima Minit - Rafizi

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Jan 2024 8:12AM

Tangkap layar pendaftaran PADU yang dikongsikan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menafikan dakwaan kononnya proses e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital) iaitu memuatnaik swafoto dan kad pengenalan untuk pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan mengambil masa tiga hari.

Menerusi hantaran di X, Rafizi berkata proses itu hanya mengambil masa kurang lima minit untuk disahkan setakat ini.

“Piawaian industri e-KYC yang diberikan oleh sistem e-KYC dalam pasaran menyebut tiga hari (seperti juga aplikasi yang ada dalam pasaran), tetapi setakat ini, e-KYC bagi pengguna yang mendaftar (untuk PADU) hanya mengambil masa kurang lima minit untuk disahkan.

"Setakat 5 petang, lebih 40,000 e-KYC telah disahkan dan pendaftaran dalam baris gilir e-KYC (untuk disahkan) ialah dalam 300. Dengan prestasi sedia ada seperti ini, insya-Allah e-KYC akan diproses oleh algoritma dalam tempoh kurang lima minit, jadi tidak timbul e-KYC akan mengambil masa tiga hari," katanya.

Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming menerusi X meminta orang ramai segera mendaftar di portal PADU kerana bimbang maklumat kad pengenalan boleh digunakan individu lain kerana kelulusan e-KYC yang mengambil masa tiga hari.

Mengulas perkara itu, Rafizi berkata sekiranya berlaku keadaan akaun mana-mana individu didaftarkan oleh orang lain, pengguna boleh terus ke meja bantuan yang terdapat dalam talian, menghubungi pusat panggilan atau ke kaunter fizikal.

PADU dibangunkan melalui kepakaran dalam Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama serta sokongan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri.

Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data di portal PADU serta mengemas kini dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Pemakaian Cermin Mata Tidak Sebabkan Masalah Untuk Daftar PADU - Rafizi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia