web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Total Lockdown, Hanya 17 Sektor Perkhidmatan Dibenarkan Beroperasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 May 2021 6:24PM

Ismail Sabri Yaakob

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Hanya 17 sektor perkhidmatan dibenarkan beroperasi sepanjang penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown', bermula 1 hingga 14 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,perkhidmatan itu adalah makanan dan minuman termasuk untuk haiwan, penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar, air, tenaga dan keselamatan, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan.

Selain itu, katanya, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan; pengangkutan melalui darat, air atau udara dan perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi.

"Begitu juga dengan komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja), perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal, kredit komuniti (pajak gadai sahaja) dan e-dagang serta teknologi maklumat.

"Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir, hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan), pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal," katanya.

Turut dibenarkan beroperasi adalah perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar serta logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu. - Getaran, 30 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia