web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Waktu Operasi Sektor Perniagaan 8 Pagi Hingga 8 Malam Sahaja - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 May 2021 6:47PM

Sektor perniagaan hanya dibenarkan beroperasi 8 pagi hingga 8 malam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Waktu operasi semua sektor perniagaan yang dibenarkan sepanjang penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial (total lockdown) 1 hingga 14 Jun ini dihadkan kepada 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, keputusan itu diharapkan mampu membuatkan orang ramai berada di rumah masing-masing selepas jam 8 malam kerana tiada lagi aktiviti dibenarkan selepas had masa tersebut.

Menurut beliau, hanya dua orang wakil isi rumah dibenarkan keluar untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet dan keperluan asas.

Katanya lagi, hanya tiga orang dibenarkan keluar untuk mana-mana individu atau keluarga yang ingin mendapatkan bantuan kesihatan.

 "Pergerakan yang dibenarkan hanya dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman atau ke tempat paling hampir dengan kediaman sekiranya perkhidmatan kesihatan atau perubatan tersebut tiada dalam radius 10 kilometer dari kediaman.

"Bilangan penumpang dalam teksi dan e-hailing dihadkan kepada dua orang sahaja termasuk pemandu dan penumpang disyaratkan untuk duduk kerusi penumpang bahagian belakang," katanya pada sidang media hari ini.

Menurutnya lagi, semua sektor ekonomi yang berkaitan dengan perkhidmatan perlu dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 8 malam.

"Bagaimanapun, pasar harian hanya dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 2 petang, Pasar Segar Terkawal (PST) dari jam  7 pagi sehingga 12 tengah hari, Pasar Tani Kekal (PTK), MyFarm Outlet (MFO) dan Kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dari jam 6 pagi hingga 4 petang.

"Selain itu, pasar borong dari 12.01 pagi sehingga 6 pagi dan 11 pagi sehingga 4 petang manakala stesen minyak dari jam 6 pagi hingga 8 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya boleh beroperasi sehingga 24 jam," katanya. - Getaran, 30 Mei 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia