web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Lagi Surat Kebenaran MITI, Perlu Dikeluarkan Kementerian Berkaitan - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2021 6:52PM

Surat kebenaran perjalanan yang dikeluarkan oleh MITI untuk bekerja tidak boleh diguna pakai mulai 1 Jun ini, sebaliknya perlu mendapat kebenaran kementerian berkaitan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Semua surat kebenaran perjalanan untuk bekerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tidak lagi diguna pakai mulai 1 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan perlu dikemukakan kepada kementerian yang berkaitan.

"Menteri Kanan Kerja Raya (Infrastruktur) Datuk Seri Fadillah Yusof akan mempengerusikan mesyuarat penyelarasan berhubung surat kebenaran pergerakan pekerja esok," katanya pada sidang media hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau mendapat laporan di media sosial bahawa ada pekerja swasta masih dipaksa oleh majikan untuk bekerja di pejabat walaupun penetapan 60 peratus sudah diputuskan kerajaan sebelum ini.

"Selepas ini pihak PDRM dan penguatkuasa Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan membuat pemantauan. 

"Tindakan paling tegas perlu diambil kepada majikan yang degil. Saya juga berharap pekerja melapor segera sekiranya majikan mereka melanggar arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan," katanya.

Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) baharu yang diumumkan ini diyakini dapat mengurangkan pergerakan orang ramai sekali gus melandaikan lengkungan kes positif harian COVID-19 di negara.

"Dengan penutupan sektor ekonomi dan mengehadkan jumlah pekerja dari 15 juta kepada 1.5 juta sahaja, saya yakin lengkuk jangkitan kes akan dapat dilandaikan.

"Pada masa yang sama, saya juga berharap pihak swasta juga akan mematuhi arahan kerajaan agar kita sama-sama menang dalam perang melawan COVID-19," katanya. - Getaran, 30 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia