web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cuba Seludup Masuk, ESSCOM Tahan 21 PATI Indonesia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 May 2021 7:31PM

PATI warga Indonesia yang ditahan ketika cuba masuk ke Jalan Apas, Tawau, semalam. - Gambar ihsan ESSCOM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seramai 21 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia berjaya diberkas ketika cuba menyusup masuk di Batu 3 1/2 Jalan Apas, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.43 malam itu, semua suspek berusia enam bulan hingga 70 tahun itu ditahan ketika bersembunyi di kawasan semak sepanjang pesisir pantai berkenaan berhampiran perkampungan atas air.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, semua suspek dipercayai baharu tiba dari Indonesia menaiki bot laju sebelum bersembunyi di situ.

"Terdahulu sepasukan pegawai dan anggota ESSCom menerima maklumat awal mengenai aktiviti kemasukan Pati berkenaan.

"Hasil tinjauan di lokasi, ESSCom berjaya menemui tujuh lelaki, 11 wanita dan tiga  kanak-kanak yang sedang bersembunyi, dipercayai bagi mengelak dikesan pihak berkuasa sementara menunggu kenderaan membawa mereka ke destinasi lain," katanya menerusi hari ini.

Semua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah ketika ditahan.

Tambah Ahmad Fuad, suspek dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk siasatan lanjut dan reman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini secara haram. - Getaran, 30 Mei 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia