web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID: 6,999 Kes Baharu, Turun 2,021 Berbanding Semalam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2021 8:26PM

Gambar yang dirakamkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di MAEPS, baru-baru ini. - Gambar Mohd. Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 di Malaysia hari ini mencatat penurunan ketara iaitu 6,999 kes berbanding 9,020 semalam, pengurangan sebanyak 2,021 kes.

Menerusi hantaran twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa Selangor kekal menjadi negeri yang menyumbang kes harian tertinggi dengan 2,477 kes, diikuti Kuala Lumpur (616), Kelantan (612), Sarawak (513), Negeri Sembilan (468) dan Johor (433).

Selain itu, Kedah merekodkan 422 kes, Pulau Pinang (248), Pahang (239), Terengganu (214),  Perak (212), Melaka (202), Sabah (190), Labuan (133), Putrajaya (13) dan Perlis (tujuh).

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam sidang media di Putrajaya hari ini berkata sebanyak 79 kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah terkumpul 2,729 kes.

Katanya Selangor mencatatkan kematian tertinggi iaitu 15 kes diikuti Kedah (13), Johor (12), Pulau Pinang (lima), Terengganu dan Melaka (masing-masing empat kes), Kuala Lumpur dan Sarawak (masing-masing tiga kes), Sabah (dua) serta Labuan, Perak dan Pahang (masing-masing satu kes).

Sejumlah 5,121 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama menjadikan jumlah kumulatif 484,787 kes, manakala kes aktif setakat ini berjumlah 78,017.

Menurut Dr Noor Hisham, 846 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 419 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau juga berkata sebanyak 17 kluster baharu dikesan membabitkan tujuh kluster komuniti, enam kluster tempat kerja, dua kluster keagamaan dan masing-masing satu kluster pendidikan tinggi dan kumpulan berisiko tinggi.

Kluster komuniti melibatkan kluster Jalan Veterinari (Pulau Pinang), Kampung Tanjong Chenok (Kelantan), Taman Wahyu (Kelantan), Jalan Sri Putri 11 (Johor), Gerigat (Sarawak), Sungai Parik (Sarawak) dan Sungai Ular (Terengganu).

Kluster tempat kerja pula ialah Jalan Kasuarina (Selangor), Balakong Batu Dua Belas (Selangor), Perindustrian Batu Caves (Kuala Lumpur), Taman Industri Pelabuhan (Perak), Lorong Jelawat Dua (Pulau Pinang) dan Industri Dioh (Negeri Sembilan).

Dua kluster keagamaan melibatkan kluster Kampung Pagi (Pahang) dan Jalan Laksamana Tiga (Johor).

Sementara kluster pendidikan tinggi melibatkan Kolej Bunga Raya (Kuala Lumpur) dan kluster kumpulan berisiko ialah Desa Melawati (Kuala Lumpur).

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) yang terkini ialah 1.16 dan jumlah kes dilaporkan saban hari mulai menunjukkan tren kenaikan mendadak secara eksponential.

Beliau berkata jumlah katil di ICU, hospital-hospital COVID-19, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 semakin berkurangan dan berkemungkinan tidak mampu menerima penambahan pesakit.

“Ini adalah situasi sukar yang mendepani kita semua dan KKM ingin menyeru semua pihak agar kita sama-sama berganding bahu bagi hadapi (situasi) sekarang,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia