web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Papagomo Didakwa Sebut Perkataan Menghasut Kaitkan Kerajaan Pro-Israel, Barat

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2024 2:06PM

Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan barat, tahun lalu.

Wan Muhammad Azri, 41, atau lebih dikenali Papagomo mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

"Saya mengaku tidak bersalah dan bersedia untuk dibicarakan," katanya.

Wan Muhammad Azri didakwa menyebut kata-kata menghasut di laman Facebook 'Halid Hamidi (Halid Mat Kool)' dan kata-kata itu telah dilihat oleh individu di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang di sini pada 1 tengah hari, 8 November lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, selain memohon tertuduh dikenakan perintah larangan supaya tidak membuat sebarang komen berhubung kes dihadapinya.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Wan Muhammad Azri memohon jaminan RM3,000 dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama baik sepanjang siasatan oleh pihak berkuasa.

"Anak guam saya bekerja secara dalam talian, selain menanggung isteri yang juga seorang suri rumah serta lima anak masih bersekolah. Pihak kami juga membantah perintah larangan kerana ia merupakan hak kebebasan bersuara anak guam," katanya.

Priscilla Hemamalini membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan tidak meletakkan sebarang syarat tambahan serta menetapkan 5 Februari depan untuk sebutan kes. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Najib Kawal Penuh Semua Aspek SRC - Bekas Pengarah

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Bapa Pukul 2 Anak Dipenjara 8 Bulan

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

Semasa 9 jam yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Sukan 1 hari yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Siapa Pilihan Pengundi?