web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kementerian Pengangkutan Keluar Surat Kebenaran Baharu Dalam SMILE

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2021 11:56AM

Surat kebenaran baharu itu yang menggantikan surat terdahulu yang kini terbatal dan tidak sah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengeluarkan surat kebenaran baharu bagi membolehkan syarikat berdaftar di bawah Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE) beroperasi semasa fasa pertama sekatan pergerakan penuh.

MOT berkata surat baharu itu yang menggantikan surat terdahulu yang kini terbatal dan tidak sah, boleh dimuat turun menerusi  https://application.mot.gov.my/.

SMILE merupakan sistem yang dkhususkan untuk syarikat dalam sektor logistik dan pengangkutan komersial termasuk udara dan air, perkhidmatan kurier dan gudang, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, MOT berkata hanya dua individu termasuk pemandu dibenarkan berada dalam sesebuah kenderaan persendirian pada satu-satu masa.

Bagaimanapun, tiga individu termasuk pemandu dibenarkan di dalam sesebuah kenderaan sekiranya ada kecemasan atau lawatan ke hospital yang mempunyai surat doktor atau vaksinasi yang disahkan dengan MySejahtera, atau atas faktor keselamatan, kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Peraturan sama terpakai bagi teksi dan kenderaan e-panggilan, dan penumpang mesti duduk di belakang.

Untuk pengangkutan awam, MOT berkata semua operator pengangkutan awam darat dan laut dibenarkan beroperasi pada kadar 50 peratus kapasiti penumpang.

Bagaimanapun penumpang penerbangan dikecualikan daripada syarat ini berikutan jumlah penumpang yang sudah rendah.

“Semua operator dibenar menentukan kekerapan perkhidmatan optimum masing-masing bagi mengelakkan kesesakan di terminal, platform dan stesen, selain memastikan pematuhan penuh prosedur operasi standard Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan,” katanya.

MOT berkata bagi sektor logistik, semua syarikat logistik yang berkaitan pengangkutan darat, laut dan udara serta pengendalian barangan termasuk perniagaan e-dagang, juga dibenarkan beroperasi secara optimum.

Bengkel kenderaan dan kedai tayar juga dibenarkan beroperasi, kata MOT. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia