web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SPRM Rangka 3 Strategi Utama Perangi Rasuah Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2024 8:27PM

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merangka tiga strategi utama di bawah Sektor Operasi dan Pencegahan dalam usaha memerangi rasuah membabitkan perolehan awam, penguat kuasa undang-undang dan grand corruption untuk tahun ini, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Grand corruption merujuk kepada rasuah berskala besar yang berprofil tinggi dan berkepentingan awam.

"Strategi ini merupakan hala tuju dan sasaran SPRM pada tahun 2024 bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab mencegah ketirisan demi meningkatkan hasil negara," katanya dalam Amanat Ketua Pesuruhjaya SPRM 2024 yang diedarkan kepada media hari ini.

Bagi perolehan awam, katanya, tumpuan SPRM adalah bagi mengelak ketirisan dalam sistem perolehan kerajaan dan memastikan perolehan kerajaan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan termasuk kegiatan monopoli projek (kartel), projek terbengkalai atau projek sakit yang melibatkan kerugian besar kepada kerajaan.

Bagi penguat kuasa undang-undang, beliau berkata, SPRM menumpukan pembongkaran kes bersifat sindiket seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia, permit kerja pekerja asing serta jenayah rasuah melibatkan anggota penguat kuasa yang menjaga pintu sempadan atau pintu masuk negara.

Azam berkata, kes yang menyebabkan berlaku ketirisan, menjejaskan dasar kerajaan dalam melaksanakan agihan dana awam atau peruntukan khas kerajaan kepada kumpulan sasar atau kaum tertentu seperti Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Skim Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) dan Skim Pinjaman TEKUN Nasional juga menjadi tumpuan SPRM.

Bagi sektor awam, beliau berkata, SPRM akan memfokuskan terhadap pembongkaran kes berkaitan kutipan hasil kerajaan dan pengelakan cukai seperti cukai eksais, cukai perkhidmatan, dan duti import eksport yang sepatutnya diterima kerajaan untuk pembangunan negara.

"Semua perancangan dan tindakan operasi siasatan perlu diperkemas dan diselarikan dengan perancangan dan tindakan di Sektor Pencegahan melalui tindakan penyiasatan tatakelola dan pendidikan masyarakat yang berimpak tinggi agar lebih berkesan dan menyeluruh," katanya.

Azam berkata, SPRM akan terus menggunakan strategi serampang tiga mata dalam melaksanakan tugas iaitu melalui pendekatan penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan masyarakat selaras dengan fungsi pegawai SPRM di bawah peruntukan Seksyen 7 Akta SPRM 2009 (Akta 694).

Beliau berkata, strategi itu adalah berpandukan Pelan Strategik SPRM 2021-2025 yang bersifat holistik dalam memacu negara ke arah bebas rasuah melalui pemerkasaan penguatkuasaan yang berkesan, pencegahan rasuah yang menyeluruh dan pembudayaan integriti bagi memastikan SPRM kekal efektif dan relevan di masa akan datang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia