web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ceroboh Masuk Kaunter Stesen MRT, Penganggur Dipenjara 2 Bulan

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Jan 2024 8:08PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhi hukuman penjara dua bulan ke atas seorang penganggur kerana menceroboh masuk ke kaunter khidmat pelanggan di Stesen Perkhidmatan Transit Aliran Massa Muzium Negara untuk mencuri wang, Selasa lalu.

Majistret Aina Azahra Arifin membuat keputusan itu selepas B. Durairajan, 35, mengaku melakukan perbuatan itu pada jam 12.20 tengah malam 16 Januari lalu mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 16 Januari lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh, manakala Durairajan, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan atas alasan dia tidak bekerja dan tinggal bersama keluarga.

Mengikut fakta kes, semasa kejadian tertuduh telah menceroboh masuk ke kawasan itu dan cuba memecahkan mesin daftar tunai di kaunter berkenaan.

Bagaimanapun, dia berjaya ditangkap oleh anggota keselamatan sebelum sempat membuka mesin itu dan tiada kerugian dilaporkan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Aidilfitri: Keluarga Dibenar Lawat Penghuni Penjara Pada Raya Ketiga, Keempat

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

4

Semasa 6 bulan yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia