web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2024 8:22PM

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), Muhammad Yazurin Sallij Muhammad Yasin ketika temu bual bersama wartawan BERNAMA di Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERI KEMBANGAN - Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang, termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi bermula hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), Muhammad Yazurin Sallij Muhammad Yasin berkata, penyelarasan itu adalah usaha jangka panjang syarikat tersebut untuk menambah baik mutu perkhidmatan yang turut melibatkan penggantian bas mencapai had maksimum penggunaan.

Beliau berkata, menerusi penyelarasan itu juga kekerapan bas akan bertambah antara dua hingga lima minit memandangkan laluan yang terlibat kebanyakannya adalah laluan utama.

"... purata usia bas kita sekarang ini sudah melebih 10 tahun. Disebabkan usia bas yang agak lama itu, kita memang perlu untuk memberhentikan tugas bas berkenaan secara berperingkat (dan) kami sudah tender bas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan di sini, hari ini.
,
Menurutnya, penambahan bas itu diharap dapat meningkatkan lagi operasi Rapid Bus berbanding dengan penggunaan bas lama yang kadang-kala ada rosak dan sesetengahnya terpaksa dihantar ke depoh untuk diperbaiki.

Bagaimanapun, Muhammad Yazurin berkata, pihaknya telah mengambil beberapa langkah mempercepatkan pelaksanaan beberapa pelan tindakan bagi memastikan kesan kepada penumpang pada tahap minimum.

Beliau berkata, ia melibatkan penambahan 164 bas daripada syarikat luar serta kolaborasi dengan pengendali bas pihak ketiga untuk memenuhi keperluan operasi harian bermula Mei ini, selain turut menambah 20 van transit atas permintaan (DRT) ke dalam operasi pada bulan sama.

Selain itu, katanya, Rapid Bus akan mengeluarkan 60 bas model Volvo SD B7RLE yang telah melebihi had maksimum pengoperasian daripada operasi hariannya dan menambah 310 bas diesel baharu menjelang penghujung 2024 bagi menggantikan bas yang telah mencapai had maksimum penggunaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Rapid Bus juga sentiasa menambah baik aspek khidmat pelanggan, terutama yang melibatkan Kapten Bas, supaya pelanggan dapat menikmati pengalaman yang terbaik dan berasa selamat semasa dalam perjalanan.

"Secara asasnya, penambahbaikan adalah proses berterusan. Contohnya, jumlah aduan yang kita terima berkenaan Kapten Bas memang sudah turun hingga separuh berbanding dua tahun lalu...kita percaya perjalanan dan pengalaman pelanggan sangat penting," katanya.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.myrapid.com.my atau media sosial Rapid KL untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan bas Rapid KL. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Ceroboh Masuk Kaunter Stesen MRT, Penganggur Dipenjara 2 Bulan

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Tiada Letupan Babitkan Tren MRT - Rapid KL

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka