web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Memang Boleh Buat P-Hailing, Tapi Sampai Bila?

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2024 9:45AM

Pekerjaan sebagai penunggang p-hailing tidak boleh dijadikan sandaran di masa depan kerana tidak memiliki 'career progression' - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pekerjaan sebagai penunggang p-hailing tidak seharusnya dijadikan sumber pendapatan tetap, kerana ia tidak menjanjikan kemajuan (career progression). 

Pempengaruh kewangan, Faiz Azmi berkata, p-hailing bukan satu kesalahan, tetapi ia tidak memiliki jaminan di masa hadapan.

Menurut beliau, penunggang p-hailing tertakluk kepada kadar komisen yang ditentukan sepenuhnya oleh syarikat dan sering kali berubah mengikut kehendak pihak pengurusan.

“Tak salah buat Grab. Tapi kena faham, benda ni tak kekal lama. Tak ada career progression.

By the time you sedar Grab boleh turun-naik commission rate ikut suka depa, dah agak terlambat. Memanglah kita boleh boycott, boleh berdemo, tapi tak akan ubah nasib diri sendiri dalam masa terdekat,” katanya melalui ciapan di X.

Faiz Azmi - gambar X
Faiz Azmi - gambar X

Jelas Faiz, perjalanan membentuk masa depan memerlukan perancangan sistematik sedari awal, dan tidak seharusnya terhad kepada satu kedudukan semata-mata.

“Masa start buat Grab dulu-dulu tu kena bagitau diri sendiri, "Ini bukan career. Aku tak boleh buat benda-benda ni forever. 

“Setakat nak cari makan sementara, kalau dapat comission besar, Alhamdulillah; tapi aku tetap kena cari peluang yang lebih kekal dan ada career progression,” katanya.

Tegas beliau, majikan juga perlu memikirkan perkembangan atau kemajuan kerjaya kakitangan, dan tidak membiarkan kedudukan mereka terus statik tanpa sebarang perubahan.

My company kena maju, supaya diorang (mereka) pun boleh maju sekali; gaji staff tak boleh stagnant, kena ada increment; depa (mereka) kena ada freedom untuk explore benda-benda baharu. I have that kind of responsibility to my employees.

“Tapi rata-rata yang buat Grab full-time sampai empat - lima tahun ni, di manakah responsibility ke atas diri sendiri? You owe yourself at least that much,” katanya.

Penunggang p-hailing perlu bersedia memberikan komitmen jika inginkan pekerjaan yang lebih stabil - gambar hiasan
Penunggang p-hailing perlu bersedia memberikan komitmen jika inginkan pekerjaan yang lebih stabil - gambar hiasan

Faiz menarik perhatian, masih belum terlambat untuk penunggang p-hailing yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini mencari arah baharu demi masa depan.

“Kalau masih ada kudrat, boleh kerja dan berfikir, startlah sekarang untuk atur kehidupan baru. 

“Memanglah nak start kerja baru tu tak mudah. Kena berkenalan dengan staff sedia ada, kena get used to a fixed working schedule, ada bos dan supervisor pula tu,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, masih banyak pekerjaan lain yang menjanjikan masa depan lebih cerah, asalkan mereka sanggup memberikan komitmen sebaik mungkin.

“Memang tak semudah ada motor, ada lesen, install app, register as a rider dan terus start. Working schedule ikut suka sendiri. Tapi itulahkan, tak senang nak senang. Awal-awal memang kena struggle, it's the start of a new career afterall.

“Ada banyak je kerja kat luar sana. Maybe gajinya rendah sedikit, maybe luar bidang, tapi kerja tetap ada. Kerja memang ada, tapi kena pandai cari,” katanya. - Getaran, 22 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Komitmen Kewangan Punca Warga Emas Masih Bekerja Selepas Usia Persaraan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Suri Rumah Rugi RM110,556 Terpedaya Kerja Mudah 'Like And Share'

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rangka ‘Blue Print’, Tubuh Badan Khas Kawal Selia Pekerja E-Hailing, P-Hailing

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Jadi Wakil Rakyat, Cuti Ke Raya Kerja Tetap Macam Biasa’ – Dr Akmal

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Semasa 13 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan