web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3,000 Kilogram Tembikai Percuma Untuk Orang Ramai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2021 5:39PM

Sebahagian tembikai jenis boci yang sudah masak di kebun yang diusahakan Ain Izzuddin di Kampung Ubai, dekat Pekan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang pekebun menawarkan kira-kira 3,000 kilogram (kg) tembikai jenis boci kepada orang ramai yang mahu menikmati buah itu, dengan syarat ia diambil sendiri di kebunnya dekat Kampung Ubai, Pekan.

Tawaran Ain Izzuddin Mohd Ghazali, yang berusia 26 tahun itu dilakukan bagi berkongsi rezeki dengan orang ramai setiap kali tembikai diusahakan dalam kawasan seluas 1.6 hektar tersebut boleh dituai.

"Sesiapa yang berhajat hendak makan tembikai datanglah ke kebun ambil sendiri, saya rasa ada sebanyak 3,000 kilogram (kg) buah tembikai untuk disedekahkan.

“Ambillah sebanyak mana, selagi tidak membazir. Tidak perlu bayar, saya bagi percuma. Jadi siapa cepat dia dapat,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di ladang miliknya di sini, hari ini. 

Sepanjang tahun lalu, sebanyak 2,000 kg tembikai diagihkan kepada orang ramai yang datang ke kebunnya dan Ain Izuddin berkata, ia bertujuan untuk mendapat keberkatan terhadap usahanya menanam buah tembikai itu yang dijadikan sumber pendapatan utama. 

Menurutnya, Ramadan lalu, agihan buah tembikai turut dilakukan, namun jumlahnya tidak sebanyak ditawarkan kali ini. 

"Rezeki Allah berikan kepada saya perlu dikongsi dengan orang lain, terutama dalam keadaan sekarang berikutan pengumuman penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial bermula esok, dan ini sudah pasti mengakibatkan ramai yang tertekan.
  
"Lagipun, buah tembikai yang sudah masak tidak boleh disimpan lama, jadi daripada dibiarkan rosak, lebih baik saya sedekahkan kepada yang berminat," katanya yang bercadang mengusahakan tanaman jagung manis selepas ini.
  
Dalam pada itu, Ain Izzuddin memberitahu, impian pekebun untuk meraih pendapatan lumayan tidak menjadi kenyataan apabila apabila harga jualan ladang jatuh serendah 30 sen sekilogram.

"Mujur Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang tampil membantu memasarkan sebahagian hasil kebun tembikai, kalau tidak, mungkin kami terpaksa menanggung kerugian besar. 

"Terdapat kira-kira 17 pekebun tembikai di Kampung Ubai yang mengusahakan tanaman secara berperingkat dan kami jangka pertengahan bulan depan hasil seterusnya sudah boleh dikutip," katanya. - Getaran, 31 Mei 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia