web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Daim Akan Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Isnin Ini

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Jan 2024 12:06PM

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin ini berhubung gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.

Daim berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil rakaman percakapan beliau, semalam.

"Semalam pegawai SPRM telah merakam kenyataan daripada saya. Peguam saya telah dimaklumkan bahawa saya akan didakwa pada hari Isnin (29 Januari) atas kesalahan di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang merupakan kesalahan yang berkaitan dengan pendedahan aset," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Daim, beliau bersedia menghadapi prosiding mahkamah.

Sementara itu, Peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili Daim ketika dihubungi BERNAMA mengesahkan perkara itu.

Pada Rabu, SPRM mengesahkan telah mendapat kebenaran untuk mendakwa Daim di mahkamah, namun ia terpaksa ditangguhkan atas masalah kesihatan bekas Menteri Kewangan itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, agensi antirasuah itu mendapat lampu hijau daripada Jabatan Peguam Negara sejak minggu lalu.

"Saya mengesahkan kami terima kelulusan untuk mendakwa Daim seminggu lalu, namun apabila pegawai kami memaklumkan perkara itu kepada peguamnya, mereka memberitahu beliau dimasukkan ke sebuah hospital swasta," katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Beliau berkata, semakan mendapati Daim, yang menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, telah dimasukkan ke hospital lebih awal sebelum pihaknya mendapat kelulusan untuk mendakwa, namun mereka tidak dimaklumkan mengenai alasan bekas menteri kanan itu menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, isteri Daim, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Januari lalu atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Sebelum ini Nai'mah dan dua anak lelakinya hadir ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan serta membantu siasatan agensi antirasuah itu terhadap Daim yang juga seorang ahli perniagaan.

SPRM turut menjelaskan bahawa siasatan ke atas Daim adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Kertas Pandora iaitu pendedahan berkaitan dokumen sulit golongan kaya dan berpengaruh dunia yang menyembunyikan kekayaan dengan menggunakan perkhidmatan luar pesisir atau syarikat berpangkalan di luar negara.

Menurut SPRM kertas siasatan bagi kes itu telah dibuka pada Februari tahun lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia