web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PDRM Umum Rombakan 61 Pegawai Kanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 9:53AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat 61 pegawainya  berkuatkuasa 1 Julai ini.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya adalah antara pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertukar serta  dinaikan pangkat.

Beliau akan memegang jawatan sebagai Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman menggantikan Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan yang bakal menamatkan kontrak pada 16 Jun ini.

Superintenden Komunikasi Korporat Urus Setia KPN PDRM Bukit Aman, Superintenden Skandaguru Anandan berkata, selain Zamri, turut terlibat dalam pertukaran ialah Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din yang akan memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Komuniti, Bukit Aman.

“Ramli akan menggantikan tempat Datuk Zainal Abidin Kasim yang akan bertukar sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.

“Bagi jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman pula akan diisi Timbalan Pengarah JSJK iaitu Datuk Kamarudin Md Din, manakala tempat Ramli pula akan digantikan Datuk Zaini Jass,” katanya.

Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan diisi oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan.

Malah, Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan), Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad akan menggantikan tempat Zamri sebagai Pengarah JIPS baharu.

Sementara itu, Datuk Azisman Alias kekal sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner Polis.

Skandaguru berkata, antara yang turut dinaikkan pangkat ialah Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Khas), Bukit Aman Datuk Mastor Mohd. Ariff dengan memangku pangkat Komisioner Polis.

“Seterusnya, tempat Abdul Jalil akan diisi oleh Setiausaha Polis Malaysia, Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dengan memangku pangkat Komisioner Polis dan tempat beliau pula akan diisi Ketua JSJ Pahang, Datuk Othman Nanyan,” jelasnya.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan malam  tadi, Skandaguru turut mengumumkan  pertukaran beberapa Ketua Polis Negeri.

Kesemua senarai lanjut pertukaran yang terlibat boleh diperolehi di laman sosial rasmi PDRM. - Getaran, 1 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia