web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SOP Terkini, MP, Adun Dilarang Anjur, Hadiri Majlis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 12:09PM

Ahli Parlimen dan ADUN tidak dibenarkan anjur sebarang majlis namun masih boleh merentas sempadan daerah atau negeri untuk melawat kawasan masing-masing. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mengarahkan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk tidak mengadakan atau menghadiri sebarang majlis semasa sekatan penuh perintah kawalan pergerakan yang berkuatkuasa hari ini.

Namun, kebenaran masih dikeluarkan untuk aktiviti merentas sempadan negeri dan daerah bagi melawat kawasan DUN dan Parlimen masing-masing.

Menurut MKN, perkara itu ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) terkini yang dikeluarkan hari ini.

"Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dibenarkan merentas negeri dan daerah untuk melawat kawasan masing-masing tanpa melaksanakan sebarang majlis.

“Ini bermaksud bahawa Ahli Parlimen dan ADUN tidak dibenarkan mengadakan dan menghadiri sebarang upacara dan majlis," katanya.

SOP terbaru itu dipercayai berkuatkuasa setelah beberapa ahli politik terlibat dalam kontroversi apabila mereka dilihat menghadiri upacara perkahwinan, ziarah Aidilfitri dan upacara keagamaan.

Sebelum ini, beberapa ahli politik turut berdepan kritikan apabila melakukan perjalanan ke luar negara sedangkan rakyat perlu berdepan sekatan rentas negeri dan daerah. - Getaran, 1 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia