web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Tiada Lagi Bil TNB Secara Anggaran - Mahdzir Khalid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Jun 2021 1:05PM

Mahdzir Khalid beramah mesra dengan sebahagian penerima suntikan vaksin di Dewan Tunku Putera, Kuala Nerang, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG TERAP - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan untuk tidak lagi mengeluarkan bil secara anggaran di sepanjang tempoh pelaksanaan 'total lockdown' ketika ini, seperti yang pernah dilakukan pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali pertama pada 18 Mac tahun lalu. 

Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kakitangan yang 'membaca' meter akan terus bekerja seperti biasa dari rumah ke rumah untuk menjalankan tugas mereka di sepanjang tempoh pelaksanaan 'Total Lockdown' kali ini. 

"Kali ini pembaca meter akan terus bergerak dari rumah ke rumah untuk melaksanakan tugas mereka dan menyerahkan jumlah bil yang tepat. 

"Tiada lagi bil anggaran sampai beberapa bulan seperti pelaksanaan PKP kali pertama dulu. Kali ini kita akan menyerahkan bacaan tepat kepada pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang dijalankan secara atas talian setelah melancarkan Pasukan Bergerak Vaksinasi Daerah Padang Terap di Dewan Tunku Putera, Kuala Nerang dekat sini, hari ini. 

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali pertama dikuatkuasakan pada 18 Mac tahun, operasi bacaan meter TNB turut dihentikan sementara waktu.
 
Oleh yang demikian, bacaan meter secara anggaran terpaksa dilakukan dan dihantar kepada pelanggan TNB untuk tempoh dua bulan (Mac dan April) melalui aplikasi myTNB. 

Keadaan itu menyebabkan timbulnya polemik dalam kalangan pengguna yang mendakwa bil mereka melambung pada kadar lebih tinggi daripada kebiasaan, sekali gus menjadi isu yang hangat diperkatakan di seluruh negara.  

Dalam pada itu, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap memberi bayangan akan beberapa usaha tertentu yang mungkin dijalankan TNB bagi membantu meringankan beban rakyat di sepanjang tempoh 'Total Lockdown' kali ini. 

"Semalam pihak kami ada berbincang dengan Suruhanjaya Tenaga serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mengenai kemudahan TNB, prosedur operasi standard (SOP) serta lain-lain perkara. Tetapi pada waktu itu, saya telah pun bertolak ke Kedah untuk tugas tertentu termasuk di kawasan. 

"Jadi saya tak boleh buat kenyataan hari ini kerana bimbang perkara diumumkan nanti, bercanggah pula dengan apa yang dibincangkan semalam. Tunggulah kenyataan penuh dari TNB apabila saya pulang ke Kuala Lumpur nanti," katanya. - Getaran, 1 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia