web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terpedaya Tawaran Tender Pajak Ladang, Pengarah Syarikat Kelapa Sawit Rugi RM1.03 Juta

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2024 9:07PM

Zainol Samah - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA  - Seorang pengarah syarikat tanaman dan sewa ladang kelapa sawit yang beroperasi di Paya Mengkuang, di sini, kerugian RM1.03 juta selepas terpedaya dengan tawaran tender pajak ladang kelapa sawit tidak wujud.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, mangsa berusia 69 tahun itu ditawarkan tender pajak ladang kelapa sawit berkeluasan 607.04 hektar di Ipoh, Perak dan 485.63 hektar di Melaka oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai 'Neliar' menerusi panggilan telefon pada Jun lepas.

Beliau berkata, warga emas itu dimaklumkan oleh suspek bahawa tawaran tender tersebut dibuka pada 17 Julai sebelum ditutup pada 31 Oktober lepas, dengan perbincangan telah dilakukan antara mangsa dan suspek sebelum mangsa bersetuju menyertai tawaran tender berkenaan.

"Mangsa kemudian diminta mendepositkan wang berjumlah
RM15,000 sebagai tanda persetujuan dan dijanjikan akan menerima sijil menang tender tersebut. Sepanjang urusan tawaran tender yang dijanjikan, suspek tidak menunjukkan sebarang dokumen berkaitan tender itu kepada mangsa.

"Dalam tempoh berkenaan juga, mangsa membuat 45 transaksi bayaran secara berperingkat ke enam akaun bank berbeza melibatkan jumlah keseluruhan RM1.03 juta sebelum dimaklumkan dia berjaya masuk dan memenangi tender, namun sehingga kini tidak menerima sebarang dokumen atau sijil menang tender yang dijanjikan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa yang kemudian menyedari diperdaya suspek membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah pada 19 Januari lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 kerana menipu.

Menurutnya susulan laporan yang dibuat mangsa, suspek berusia 39 tahun yang merupakan pemandu lori dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau, ditahan di Kapar, Selangor, pada 9 Februari lepas dan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, esok.

Zainol berkata, siasatan awal mendapati pemindahan 45 transaksi yang dilakukan mangsa melibatkan enam akaun bank iaitu dua akaun syarikat milik rakan suspek, tiga akaun milik individu yang juga kenalan suspek serta satu akaun syarikat milik suspek. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Ditipu Penjual Barangan Terpakai, Suri Rumah Rugi Lebih RM30,000

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Syarikat Pengendali Pakej Umrah, Pengarah Didakwa Gagal Patuhi Perintah Award TTPM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia