web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Duopharma Biotech Bekalkan Vaksin Sputnik V Dari Rusia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Jun 2021 6:06PM

Duopharma Biotech akan bekalkan 6.4 juta dos vaksin Sputnik V dari Rusia. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anak syarikat milik penuh Duopharma Biotech Bhd, Duopharma (M) Sdn Bhd (DMSB), menandatangani perjanjian dengan kerajaan Malaysia, diwakili oleh Kementerian Kesihatan, untuk membekalkan vaksin COVID-19 Rusia.

Syarikat itu telah memuktamadkan pelaksanaan perjanjian bekalan definitif berasingan dengan kerajaan serta subsidiari Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) bagi membekalkan 6.4 juta dos vaksin Sputnik V.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, Duopharma Biotech menjelaskan bekalan vaksin itu tertakluk kepada pemenuhan syarat yang masih ada sebelum ini berdasarkan perjanjian bekalan tersebut, iaitu kelulusan vaksin oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia, serta syarat dan terma lain bagi bekalan.

Pengarah Urusan Kumpulan, Leonard Ariff Abdul Shatar juga telah mengesahkan tahap kesediaan syarikat.

“Pandemik COVID-19 mencetuskan cabaran luar biasa kepada seluruh rakyat Malaysia, yang kita hanya boleh menyelesaikannya menerusi kerjasama langsung dalam banyak bidang. Duopharma Biotech memberi komitmen penuh dan gembira menjadi sebahagian daripada program inokulasi negara,” katanya.

Sputnik V yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Epidemiologi dan Mikrobiologi Kebangsaan Gamaleya, Rusia telah berjaya didaftarkan di 68 negara di Amerika Utara dan Selatan, Timur Tengah, Eropah, Asia dan Afrika.

Berdasarkan hasil kajian setara daripada analisis interim kedua Tahap 3 yang diterbitkan oleh satu daripada jurnal perubatan tertua dan paling terkemuka di dunia, The Lancet, efikasi Sputnik V telah disahkan pada 91.6 peratus.

Ia merupakan antara tiga vaksin di dunia yang mencatatkan kadar efikasi melebihi 90 peratus, dan tiada insiden buruk yang serius berkaitan dengan vaksin tersebut, menurut Duopharma Biotech. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia