web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Ditahan Pukul Lelaki Hingga Maut Di Semenyih

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2024 4:24PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima lelaki berusia antara 22 hingga 52 tahun ditahan selepas disyaki memukul seorang lelaki sehingga maut dalam kejadian di Taman Pelangi Semenyih dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata, kesemua suspek ditahan di sekitar Semenyih dan Beranang pada jam 2.05 pagi tadi dan direman sehingga 25 Februari ini.

Beliau berkata, menurut saksi kejadian yang berlaku sekitar 9.20 malam tadi, mangsa yang juga seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun yang memandu kereta jenis Proton Saga telah terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan berkenaan sebelum ditarik oleh sekumpulan lelaki dan dipukul.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, ASP Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854100 dan Insp. Ammar Tahir di talian 018-2194013 bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

3

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Gantung Lesen Agensi Pelancongan Terbabit Kemalangan Di Genting Highlands Jika Perlu - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Akhirnya, Hamidin Terima Perkenan Sultan Selangor Untuk Menghadap

Tarikh untuk menghadap Sultan Sharafuddin hanya akan diadakan selepas 7 Julai.

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Bas Genting Highlands: Pemandu Direman 4 Hari