web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2024 2:36PM

Suspek didapati positif dadah jenis syabu - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membunuh anak kandungnya yang baru berusia enam bulan di sebuah pangsapuri di Beranang, Selangor, Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohamad Nasir Drahman berkata, lelaki berumur 25 tahun itu ditahan di perkarangan Unit Forensik Hospital Kajang jam 11.30 malam pada hari hari yang sama.

Beliau berkata dalam kejadian Isnin lepas suspek membuat laporan polis pada pukul 8.52 pagi memaklumkan bayi itu tidak sedarkan diri di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Kesuma, Beranang.

"Pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan pada badan bayi itu, namun hasil bedah siasat mengesahkan terdapat kecederaan di bahagian kepala, yang bukan disebabkan oleh kemalangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Nasir berkata suspek yang didapati positif dadah jenis syabu direman sehingga 22 April ini untuk siasatan lanjut, dan kes diklasifikasikan sebagai kejadian bunuh yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Belia meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya hadir ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes Asisten Superintendan S. Vekram di talian 019-4737108 bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang