web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Disyaki Terlibat Samun Bersenjata Dan Menyamar Polis, 4 Lelaki Diberkas

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2024 8:47PM

Mohd Azam Ismail - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan empat lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes samun berkumpulan dengan senjata dan menyamar sebagai anggota polis, di sebuah rumah di Jalan Pandan Indah, Ampang, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek yang berumur 30 hingga 44 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara, semalam.

Beliau berkata, seorang lelaki warga Bangladesh dalam aduannya kepada polis mendakwa kejadian berlaku semasa dia bersama tujuh orang lagi berada di rumah, apabila sekumpulan lelaki yang memakai 'vest' dan membawa 'gunting besar' serta tukul, masuk ke rumah berkenaan dan mengarahkan mereka berkumpul di ruang tamu.

"Suspek kemudian menyelongkar setiap bilik di rumah itu dan mengambil wang tunai, barang kemas, telefon bimbit serta dokumen peribadi milik pengadu dan rakan-rakannya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata setelah menggeledah dan mengambil barang serta wang tunai, kesemua suspek terus beredar dari rumah itu dengan menaiki kenderaan.

Mohd Azam berkata, polis turut merampas 31 telefon bimbit, vest dengan tertera perkataan "Polis", pakaian, tukul besi, kuku kambing, spanar, playar, wang tunai dan tiga kereta susulan penahanan mereka, bagi membantu siasatan.

Beliau berkata semakan lanjut mendapati tiga daripada suspek mempunyai 23 rekod jenayah lampau dan dua rekod dikehendaki berkaitan dadah.

"Hasil ujian air kencing yang dijalankan juga mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Meth, Amp serta Opiate, dan kesemua mereka kini direman sehingga 1 Mac depan," katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan bersenjata serta cuba menyebabkan kematian atau cedera parah, dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan merujuk kepada kesalahan menyamar sebagai penjawat awam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gagal Ke Peringkat Akhir, Malaysia Tamatkan Saingan Di Tempat Ke-12

oleh Diyana Nawwar

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan 

Politik 1 hari yang lalu

‘PAS Takkan Mampu Bentuk Kerajaan Di Putrajaya’ - Tun M

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

oleh Sophia Ahmad