web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ceroboh Ruang Udara: Malaysia Akan Keluar Nota Bantahan Kepada China

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2021 7:23AM

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar akan mengeluarkan nota diplomatik kepada kerajaan China bagi membantah pencerobohan pesawat tentera udara China yang memasuki ruang udara Malaysia.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan malam tadi berkata kementerian juga akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk memberi penjelasan berhubung pelanggaran ruang udara dan kedaulatan Malaysia oleh 16 pesawat milik Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF).

“Pendirian Malaysia jelas - mempunyai hubungan diplomatik yang mesra dengan mana-mana negara tidak bermakna kami akan berkompromi dengan keselamatan negara kita. Malaysia tetap teguh mempertahankan maruah dan kedaulatan kita,” katanya.

Hishammuddin juga berkata beliau akan menyampaikan kebimbangan serius Malaysia mengenai perkara itu kepada rakan sejawatnya di China.

Hari ini, Panglima TUDM Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam, mengesan 16 pesawat PLAAF memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM), Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR) dan menghampiri ruang udara nasional.

Beliau berkata penerbangan mencurigakan pesawat PLAAF itu dikesan  oleh Radar Pertahanan Udara TUDM dari Pusat Pertahanan Udara di Sarawak pada11.53 pagi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

‘Ini Bukanlah Pengakhiran, Tetapi Permulaan Baharu’ – Hishammuddin

2

Politik 1 tahun yang lalu

Hishammuddin Beri Bayangan Bakal Bertanding Pemilihan UMNO

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Duta Malaysia Ke Indonesia Diumum Tidak Lama Lagi - Zambry

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Walaupun Tidak Mudah, Saya Akan Terus Berjuang, Enggan Tuding Jari’

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia