web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hishammuddin Beri Bayangan Bakal Bertanding Pemilihan UMNO

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 4:02PM

Hishammuddin Hussein - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersedia untuk mencuba nasib pada pemilihan UMNO sekiranya jawatan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jawatan mana yang ingin ditandingi dan memaklumkan, perlu menunggu keputusan sama ada pemilihan akan diadakan atau tidak.

“Kena tunggu ada pertandingan atau tidak.

“Kita kena tunggu mesyuarat PAU (Perhimpunan Agung UMNO) kali ini, dan kalau sekiranya keputusan PAU ada pemilihan, saya sendiri tidak keberatan memikirkan untuk bertanding dalam pemilihan akan datang,” katanya ketika ditemui media selepas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2022) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Hishammuddin berkata, beliau menghargai kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana memaafkan 10 Ahli Parlimen BN termasuk daripada UMNO yang dianggap mengkhianati parti apabila menyokong pihak lawan.

Ahli Parlimen Sembrong itu bagaimanapun mempersoalkan, mengapa mereka dianggap sebagai pengkhianat sedangkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) adalah bercanggah dengan prinsip parti sejak awal dahulu.

“Bagaimanapun, apabila parti membuat keputusan berkecuali mereka menarik semula sokongan itu, malah turut bersetuju dengan kehendak parti selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan.

"Jadi di mana pengkhianatnya? Saya mahu ingatkan kepada semua pihak, orang ramai sudah bosan dengan cara kita berbalah , menuduh sesama kita kerana penting untuk parti melihat ke hadapan. Tiada yang saya perlu bimbang kerana kita konsisten sebelum ini.

"Kita kena berdepan Pilihan Raya Negeri, kita sudah kalah pada pilihan raya baru-baru ini (jadi) saya harap kita dapat bincangkan dalam PAU ini hala tuju dan cara untuk mengurangkan jurang di kalangan orang ramai terhadap parti dan perjuangan," katanya.

Beliau turut mengingatkan perwakilan UMNO supaya tidak menjadikan PAU 2022 kali ini sebagai platform untuk menyerang dan berbalah sesama sendiri.

Rakyat tegasnya, sudah muak dan bosan dengan cara orang UMNO menguruskan krisis dalaman, yang banyak menggunakan pendekatan negatif.

“Saya harap apa yang kita bincangkan dalam PAU tahun ini mengenai hala tuju dapat mengurangkan jurang kepercayaan orang ramai terhadap parti dan perjuangan.

“Itu lebih baik daripada hanya menggunakan platform ini untuk bercakaran, berbalah sesama kita, tuduh menuduh sesama kita, serang menyerang sesama kita. Sedarlah, cukup cukuplah,” katanya. - Getaran, 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan