web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Walaupun Tidak Mudah, Saya Akan Terus Berjuang, Enggan Tuding Jari’

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 7:05PM

Hishammuddin Tun Hussein kembali bersuara menerusi satu hantaran di Facebook milik beliau hari ini - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Setelah lama menyepi selepas Barisan Nasional (BN) bersetuju membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH), Bendahari Agungnya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kembali bersuara menerusi satu hantaran di Facebook milik beliau hari ini.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, beliau sedang mengkaji dan meneliti keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman untuk melihat mood serta sentimen rakyat khususnya arah sokongan diberikan.

Menurut beliau, perkara itu penting untuk memahami dinamik sokongan tersebut terutama dalam mengusahakan kelangsungan dan masa depan parti.

“Apatah lagi, ia banyak bergantung kepada ahli akar umbi yang selama ini setia kepada perjuangan serta penerimaan rakyat terhadap BN.

“Ini mesti diberi perhatian, kerana saya percaya dalam perjuangan jangan sesekali kecewakan mereka yang selama ini setia kepada parti,” katanya.

Jelas beliau, walaupun ia tidak mudah, beliau akan terus melangkah ke hadapan untuk berjuang dan enggan menuding jari menyalahkan sesiapa mahupun parti.

Malah katanya, beliau adalah seorang pejuang dan akan tetap istiqamah dalam perjuangannya bersama UMNO.

“Walaupun tidak mudah, kita harus terus melangkah ke hadapan untuk berjuang. Saya tidak mahu menunding jari menyalahkan sesiapa dan saya juga tidak menyalahkan parti. 

“Saya orang perjuangan dan akan tetap istiqamah demi UMNO dulu, kini dan selamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, beliau kini mempunyai lebih banyak masa untuk terus menyumbang kepada perjuangan parti tanpa berada dalam Kabinet.

Katanya, beliau memahami kerajaan baharu hari ini harus menangani dan menyelesaikan pelbagai isu serta cabaran yang amat mendesak demi rakyat dan negara. 

“Antaranya, kos sara hidup dan kedudukan ekonomi semasa. Saya mendoakan agar segala ikhtiar oleh mereka yang diberikan amanah serta tanggungjawab, dipermudahkan.

“Buat rakan-rakan pimpinan khasnya daripada BN yang menganggotai Kabinet, saya ucapkan selamat maju jaya,” katanya. 

Sebelum ini, Hishammuddin menegaskan beliau sedia dipecat oleh parti sekiranya gabungan itu bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan.

“Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini. No Anwar, No DAP,” katanya. 

Terdahulu, Hishammuddin berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Sembrong dengan majoriti lebih besar, iaitu naik 63 peratus kepada 10,880 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, beliau memperoleh majoriti 6,662 undi.

Namun pada PRU-15 baru-baru ini, Hishammuddin berjaya mengalahkan Hasni Abas, calon PH (11,692 undi) dan Aziz Ismail dari Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 6,666 undi. - Getaran, 9 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

‘Ini Bukanlah Pengakhiran, Tetapi Permulaan Baharu’ – Hishammuddin

2

Politik 1 tahun yang lalu

Hishammuddin Beri Bayangan Bakal Bertanding Pemilihan UMNO

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Dakwaan PN Tawar Saya Jawatan Perdana Menteri Tak Benar’ - Hishammuddin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Dana Tambahan Untuk LCS Pertama - Hishammuddin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 9 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 3 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan