web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Dana Tambahan Untuk LCS Pertama - Hishammuddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 9:15PM

Tiada dana tambahan diperuntukkan sekiranya kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia yang pertama tidak disiapkan mengikut jadual. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada dana tambahan diperuntukkan sekiranya kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia yang pertama tidak disiapkan mengikut jadual, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata tumpuannya kali ini adalah memastikan dalam masa terdekat ini, kapal pertama LCS dapat disempurnakan. 

“Jadi saya hendak tengok apa yang dah dirancang, apa yang telah dibentangkan kepada kabinet, apa yang telah saya jawab di Dewan Negara dapat disempurnakan, dan ujiannya adalah kapal pertama tadi. Kapal pertama ini tidak akan menerima suntikan dana terbaharu.

“Buktikan kepada saya yang kita boleh siapkan kapal (LCS) pertama dahulu. Kalau kapal pertama pun tak boleh siapkan seperti agenda di bawah pelan kita kali ini, tidak guna kita fikirkan dana tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Kementerian Pertahanan dan Jubli Emas Lembaga Tabung Angkatan Tentera ke-50, di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Sementara itu Hishammuddin menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa tiada sebarang perkembangan langsung berhubung pembinaan kapal LCS, malah menurutnya aset berada dalam pelbagai peringkat pembinaan.

“Yang penting dengan perancangan yang tulus, dengan pembentangan kepada semua, itulah harapan kita semua. Kapal pertama, kedua dan selanjutnya. Ada perancangan lain seperti pembinaan kapal misi pesisir (LMS) yang kedua, kita harap ia dapat dipenuhi dan kita dapat sampaikan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia,” katanya.

Mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), Hishammuddin berkata semua perkara sedang dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dan akan disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mendapatkan pandangan.

“Sebab itulah saya harap jangan kita hanya memikirkan isu RCI sahaja kerana kertas laporan yang diumumkan telah pun dalam proses diklasifikasi, proses mobilisasi, untuk melihat ke hadapan, projek ini sedang berjalan rancak sekarang,” katanya.

Semalam, Hishammuddin sewaktu menggulung perbahasan usul berkaitan projek LCS di Dewan Negara berkata beliau akan membawa cadangan oleh beberapa ahli Dewan Negara berhubung penubuhan RCI bagi menyiasat skandal LCS ke kabinet hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Dituduh Buat Gangguan Seksual, Qawiy Dicabar Sumpah Laknat Jika Benar Ia Fitnah

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Kapal Tempur Pesisir Pertama Dijangka Turun Ke Air Pertengahan Tahun Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Dakwaan ‘MyKid’ Dimansuhkan Tak Benar, JPN Berusaha Atasi Masalah Pengeluaran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 4 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan