web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan ‘MyKid’ Dimansuhkan Tak Benar, JPN Berusaha Atasi Masalah Pengeluaran

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 7:00AM

JPN menafikan dakwaan kad pengenalan kanak-kanak (MyKid) dimansuhkan seperti yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp ketika ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan kad pengenalan kanak-kanak (MyKid) dimansuhkan seperti yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp ketika ini.

JPN menerusi satu kenyataan memaklumkan, pengeluaran MyKid bukan dimansuhkan tetapi hanya mengalami kelewatan dalam proses pengeluarannya susulan masalah bekalan cip global.

“JPN ingin menjelaskan isu yang sedang tular di aplikasi WhatsApp dan media sosial ketika ini mengenai dakwaan ‘MyKid’ dimansuhkan adalah tidak benar sama sekali.

“JPN sedang sedaya upaya mengatasi masalahyang berlaku,” katanya.

Justeru, JPN menasihati ibu bapa atau penjaga untuk menggunakan sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh agensi terbabit bagi sebarang urusan.

“Agensi kerajaan dan juga swasta diingatkan supaya menerima sijil kelahiran sebagai satu dokumen sah untuk sebarang urusan berkaitan.

“Untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan perkhidmatan JPN, orang ramai boleh merujuk laman web atau media sosial rasmi JPN bagi mendapatkan maklumat sahih dan tepat,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook mendakwa MyKid sudah tidak lagi dikeluarkan selepas ini.

Malah, dakwanya, semua urusan akan menggunakan surat beranak sahaja.

Hantaran itu bagaimanapun menjadi tular di media sosial sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.

Pada 14 Januari lalu, JPN memaklumkan pengeluaran MyKid ditangguhkan selama enam bulan susulan masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terjejas di peringkat global sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.

MyKid adalah kad pengenalan atau pengenalan diri bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.

Ciri-ciri pada kad itu juga sama seperti MyKad, cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari. – Getaran, 24 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Dituduh Buat Gangguan Seksual, Qawiy Dicabar Sumpah Laknat Jika Benar Ia Fitnah

2

Semasa 7 bulan yang lalu

MEKAR Diaspora JPN Di Arab Saudi Kendali 240 Perkhidmatan Untuk Rakyat Malaysia

3

Semasa 9 bulan yang lalu

JPN Cetak 160,000 MyKid, Serah Kepada Pemohon Secara Berperingkat - KDN 

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Bukan Hassan Yang Muat Naik Video Saifuddin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 13 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 7 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan