web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JPN Cetak 160,000 MyKid, Serah Kepada Pemohon Secara Berperingkat - KDN 

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 12:28PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencetak 160,000 kad pengenalan diri kanak-kanak bercip (MyKid) yang tertunggak sejak Oktober lalu dan akan diserahkan kepada pemohon secara berperingkat, sebaik sahaja proses cetakan selesai.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, ibu bapa atau penjaga boleh menggunakan terlebih dahulu sijil kelahiran untuk sebarang urusan dengan pihak kerajaan mahupun swasta, sementara menunggu MyKid diperoleh.

“Ini kerana sijil kelahiran adalah satu dokumen pengenalan diri yang sah dikeluarkan kerajaan dan agensi kerajaan serta swasta juga telah dimaklumkan untuk mengutamakan penggunaan sijil kelahiran sementara menunggu MyKid.

“Kementerian Dalam Negeri melalui JPN sentiasa komited untuk menyelesaikan isu tunggakan permohonan MyKid ini,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Aziz Ariffin yang ingin mengetahui status terkini penangguhan pengeluaran MyKid ekoran masalah bekalan mikrocip dan inisiatif kerajaan bagi memastikan masalah itu dapat diselesaikan.

Shamsul Anuar turut memberi jaminan bahawa isu MyKid itu tidak akan berulang pada tahun hadapan, memandangkan JPN ketika ini sedang melaksanakan proses perolehan bekalan sebanyak tiga juta kad pengenalan diri itu bagi menampung keperluan.

“JPN telah melaksanakan pelbagai usaha dan untuk makluman, kita sudah menyelesaikan 140,000 MyKid yang tertunggak bagi 2021 dan 2022… kita ada baki lebih kurang 15,000 MyKid masih belum dicetak dan dijangka selesai pada hujung bulan ini.

“Bagi 2023, perolehan bekalan MyKid dalam proses iaitu sebanyak tiga juta yang kita akan sediakan untuk tampung keperluan kerana dianggarkan berdasarkan kebiasaan, kadar kelahiran setahun antara 400,000 hingga 500,000 keperluan. Kita jangka selepas isu ini selesai, mulai 2024 masalah ini tidak akan timbul lagi,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Pindaan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Akan Diselesaikan Secepat Mungkin

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Cadangan Pindaan Perlembagaan Berkaitan Kewarganegaraan Dipersetujui Kabinet

4

7 bulan yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 8 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan