web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Dakwaan PN Tawar Saya Jawatan Perdana Menteri Tak Benar’ - Hishammuddin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 7:00AM

Hishammuddin Tun Hussein - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan dakwaan beliau menerima tawaran jawatan Perdana Menteri Ke-10 daripada Perikatan Nasional (PN), sekiranya menyokong parti itu untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Katanya, beliau tidak pernah menerima sebarang tawaran jawatan daripada kepimpinan parti berkenaan.

“Ramai menyebarkan artikel ini, saya ingin mengesahkan bahawa dakwaan ini tidak benar sama sekali.

“Saya tidak sesekali terlibat dalam sebarang rundingan, sama ada dengan Perikatan Nasional (PN), mahupun Pakatan Harapan (PH),” katanya menerusi hantaran di Facebook tengah malam tadi.

Terdahulu, sebuah portal berita tempatan melaporkan artikel bertajuk ‘PN tawar BN Perdana Menteri Ke-10’ sehingga ia tular di media sosial semalam.

“Memetik laporan sebuah portal berita, PN dikatakan menyokong sekiranya Hishammuddin dilantik ke jawatan tersebut (Perdana Menteri),” menurut penerangan di portal itu.

Hishammudin berkata, beliau juga tidak pernah ditawarkan apa-apa jawatan.

“Sekiranya pihak portal berita berkenaan tidak menarik semula artikel dengan serta-merta, saya akan mengambil tindakan undang-undang,” tegasnya.

Tinjauan Getaran di portal berita itu mendapati artikel terbabit sudah ditarik semula.

Portal berita itu kemudian menyiarkan artikel bertajuk ‘Laporan Hishammuddin ditawar jawatan PM tidak benar’.

Dakwaan berkenaan tercetus susulan kemelut pembentukan kerajaan Persekutuan membabitkan PN dan PH, selepas tiada mana-mana parti memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk menubuhkan pentadbiran.

Justeru, kepimpinan PN dan PH dilihat berusaha meraih sokongan daripada BN yang kini menjadi ‘king maker’ walaupun parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu memiliki 30 kerusi Parlimen – Getaran, 24 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 4 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 10 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan