web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tindakan Tegas Terhadap Penjaja Eksploitasi Tapak Bazar Ramadan

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Feb 2024 8:05AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penjaja yang didapati menyewakan tapak bazar Ramadan kepada pihak lain akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.

Beliau berkata demikian susulan terdapat dakwaan bahawa tapak bazar Ramadan pada tahun-tahun sebelum ini dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan menyewakan tapak itu dengan kadar bayaran lebih tinggi kepada peniaga lain.

"Kita telah maklumkan kepada penguat kuasa DBKL bahawa kita perlu lebih tegas untuk tahun ini. Sekiranya kita dapati ada penjaja yang dapat (tapak) dan sewakan kepada orang lain, kita terus rampas lesen itu dan tidak dibenarkan berniaga selama-lamanya oleh DBKL," katanya ketika ditemui selepas program Sumbangan Back To School di Institut Latihan DBKL di sini, semalam.

Azman berkata, meskipun isu terbabit dilihat mencabar untuk ditangani, DBKL mempunyai pasukan petugas untuk melaksanakan penguatkuasaan membabitkan kesalahan itu.

"Hal ini kerana kita tidak boleh kenal pasti mereka (yang menyewakan tapak dan menjual lesen) kerana walaupun mereka sudah sewakan (tapak) kepada orang lain, apabila ditangkap orang itu maklumkan dia bekerja dengan pelesen berkenaan.

"Jadi, itu antara masalah yang dihadapi. Tetapi kita cuba untuk pastikan perkara ini tidak berlaku lagi," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

2

Sukan 2 bulan yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Berniaga Tanpa Kebenaran, 9 Peniaga Warga Asing Dikenakan Tindakan

4

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Arah Tanam 100 Pokok Gantikan Pokok Terpaksa Ditebang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia