web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKPD Kuala Terengganu, Polis Kesan Vandalisme Penghadang Jalan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2021 3:14PM

Abd Rahim memeriksa penghadang jalan yang telah dialihkan di laluan alternatif susur keluar Lebuh Raya Pulau Sekati, Kg Jeram, Kuala Terengganu, Terengganu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di daerah ini baru memasuki hari keempat, namun sudah ada pihak tidak bertanggungjawab merosakkan dan mengalihkan penghadang jalan yang dibina bagi menutup laluan alternatif.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner (ACP) Abd Rahim Md Din berkata, tiga daripada 10 penghadang yang dibina sudah dirosakkan dan dialihkan bagi membolehkan laluan berkenaan dibolosi.

Menurut beliau, pemantauan polis mendapati, satu penghadang jalan di susur keluar Lebuh Raya Pulau Sekati, Kampung Jeram di sini sudah dirosakkan.

“Kami turut mengesan dua cubaan mengalihkan penghadang jalan iaitu di Kampung Tiruk, bersempadan dengan daerah Hulu Terengganu dan Jalan Surau Haji Yaakob di sempadan Marang.

“Kita juga mendapati, terdapat perbuatan khianat mengalihkan penghadang jalan, termasuk memecah dan menjatuhkan batu penghadang itu,” katanya kepada media di sini hari ini.

Abd Rahim berkata, perbuatan berkenaan dipercayai dilakukan penduduk setempat yang masih berdegil untuk merentas daerah, memasuki Kuala Terengganu.

“Kita percaya mereka mengalihkan penghadang ini untuk keluar dari kawasan PKPD, menuju ke lokasi Sekatan Penuh PKP, seperti daerah Kuala Nerus.

“Kita juga percaya dalangnya ialah pengguna motosikal disebabkan penghadang yang dialihkan ruangnya hanya boleh memuatkan kenderaan bersaiz kecil,” katanya.

Susulan kejadian, Abd Rahim berkata pihaknya sudah melancarkan gerakan mengesan dalang terbabit, dan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis sedang mengesan semua individu ini dan tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka didapati bersalah, termasuk penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya mengikut seksyen berkenaan,” katanya.

Pelaksanaan PKPD di Kuala Terengganu membabitkan 21 mukim diumumkan Khamis lalu, susulan peningkatan mendadak kes COVID-19.

Selain Kuala Terengganu, dua lagi daerah turut berdepan pelaksanaan PKPD iaitu Hulu Terengganu dan Besut, manakala selebihnya tertakluk kepada Sekatan Penuh PKP 3.0 bermula semalam. - Getaran, 2 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia