web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2024 8:46AM

Perdana Menteri (tiga, duduk kiri) pada majlis sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 malam tadi - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang dirangka akan turut mengambil kira untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita untuk bekerja dalam tempoh lebih pendek supaya dapat memberi perhatian lebih kepada keluarga.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kelonggaran itu, mungkin akan melibatkan kadar upah yang berbeza.

"Saya akan bincang dengan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam supaya diberi kelonggaran, walaupun dengan sedikit gaji yang kurang.

"Umpamanya biasanya kerja dari jam 8 pagi sehingga 5 petang, tetapi kalau bekerja mungkin selama empat jam, mengikut kadar upah mungkin kurang, tetapi kita boleh manfaatkan wanita yang merasa terdesak untuk jaga kepentingan anak-anak di rumah," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024, di sini malam tadi.

Turut hadir pada majlis sambutan itu isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dan timbalannya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta jemaah menteri.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia yang memberi kelonggaran seumpama itu kepada penjawat awam wanita, jika ia dapat direalisasikan.

Beliau berkata perkara itu menuntut perubahan daripada pemikiran konvensional, memandangkan terdapat wanita yang terpaksa meninggalkan kerjaya mereka bagi memberi perhatian kepada keluarga.

"Kita yang membuat peraturan dan SOP (prosedur operasi standard) dan kalau kita rasa perlu untuk meningkatkan sumbangan wanita, kita boleh sesuaikan sedikit peraturan dan SOP itu," kata beliau.

Bagi mengiktiraf peranan wanita, Anwar turut mengarahkan Nancy supaya memilih 100 tokoh wanita dalam pelbagai bidang untuk menerima dana khas sebanyak RM50,000, bagi menjalankan program berkaitan golongan itu.

"Dengan dana khas ini, mereka boleh manfaatkan sama ada mengadakan kegiatan atau kumpulan yang tidak semestinya terikat kepada parti atau persatuan, menggunakan dana ini untuk mencari jalan atau wahana meningkatkan kegiatan wanita," kata beliau.

Perdana Menteri berkata beliau akan menimbangkan untuk meningkatkan jumlah penyertaan dan dana, jika program yang dijalankan terbukti berjaya mengangkat peranan wanita dalam masyarakat.

Sementara itu, beliau berkata SSPA yang bertujuan meningkatkan kadar upah penjawat awam sedang dalam peringkat akhir dan hasil kajian itu akan diumumkan menjelang akhir tahun ini selepas 10 tahun kadar upah penjawat awam tidak dikaji. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

2

Semasa 18 jam yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

3

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

4

Semasa 2 hari yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Sukan 57 minit yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Semasa 18 jam yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Bas Genting Highlands: Pemandu Direman 4 Hari

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM