web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masih 'Dine-In' Ketika PKP, 6 Individu Kena Kompaun RM20,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2021 8:04AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilik premis makanan di sebuah kompleks perniagaan ternama di ibu kota dikompaun RM10,000 kerana membenarkan pelanggan makan di dalam premis itu, semasa operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam. 

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur Datuk Azman Ayob berkata dalam operasi 12.45 tengah hari itu, lima pelanggan yang sedang makan di premis berkenaan turut dikompaun RM2,000 seorang. 

“Pemeriksaan polis mendapati pelanggan terbabit sedang menjamu selera di premis berkenaan dan tidak  mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu makan di kedai atau ‘dine-in’ tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata polis terus giat melakukan pemeriksaan serta tindakan tegas akan diambil ke atas orang ramai yang gagal mematuhi SOP PKP bagi memastikan usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19 berjaya.

Kes disiasat mengikut Peraturan16 PU (A) 243/2021 PKP. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia