web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bongkar Ideologi Perkauman, Aparteid Zionis Terhadap Palestin - Aktivis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2021 8:47AM

Keadaan di Gaza akibat serangan udara Israel, bulan lepas hingga memaksa gencatan senjata dilaksanakan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagi memastikan kemajuan di tanah Palestin yang diduduki, tindakan zionisme, pencerobohan, penjajahan dan penindasan berterusan yang dilakukan Israel mesti ditamatkan.

Menurut ahli akademik British-Palestin dan aktvis politik Dr Azzam Tamimi, apabila lebih ramai mempunyai pengetahuan lebih mendalam mengenai akar umbi kepada konflik, ia mampu menguatkan kedudukan dan pendirian mereka berhubung isu Palestin.

“Punca utama kepada masalah itu adalah ideologi Zionisme sendiri di sebalik pencerobohan. Kita mesti membongkar ideologi perkauman dan aparteid, seperti yang berlaku di Afrika Selatan.

"Keadilan mesti ditegakkan. Manusia berhak miliki hak yang sama tanpa mengira bangsa mahupun  agama mereka; jika ia tidak boleh dicapai di Palestin, maka tidak akan ada kewujudan bersama di Palestin.

"Sekali lagi, ini bukan mengenai konflik dua jiran. Ini adalah satu projek penjajahan, secara global, dan bukan sekadar isu serantau,” katanya semasa perbincangan meja bulat mengenai Palestin ‘Moving Forward and Solution’ secara dalam talian.

Tamimi berkata satu perkembangan yang baik apabila perjuangan rakyat Palestin kini semakin mendapat sokongan pelbagai pihak di seluruh dunia.

"Semakin ramai, penduduk dunia memiliki kemudahan dan alat komunikasi mereka sendiri untuk mendapatkan informasi yang tepat," katanya.

Sementara itu, penganjur perbincangan Syed Ibrahim Syed Noh, selaku Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Persahabatan Malaysia-Palestin, berkata forum dan dialog berterusan diperlukan bagi membantu dan menguatkan lagi sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin ke arah penyelesaian secara aman.

"Sebagai Anggota Parlimen yang mewakili suara rakyat dan prinsip keadilan, kebebasan dan kemanusiaan sejagat, serta penyokong kuat perjuangan Palestin, saya melihat banyak peluang untuk memperluas lagi hubungan dan dialog untuk mencari penyelesaian isu ini.

"Kami akan terus menganjurkan acara sebegini dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan lain yang berkaitan," katanya.

Perbincangan dalam talian itu dihadiri  lima anggota Parlimen dari Malaysia, termasuk bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, dan beberapa pemimpin NGO termasuk Pengerusi Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia