web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Desakan Hidup Kian Parah, Rakyat Rayu i-Sinar 2.0

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2021 1:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Tan Sri, dengarlah rayuan kami, luluskanlah pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2.0, kami terdesak.”

Rayuan ini bukan untuk meraih simpati, tetapi lebih kepada menzahirkan suara hati sebahagian besar rakyat Malaysia, yang mengharapkan secebis sinar kala hidup dibebani penularan pandemik COVID-19.

Rintihan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dapat dilihat berlegar di hampir semua media sosial, khususnya sejak pengumuman Sekatan Penuh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) bermula dua hari lalu.

Selepas lebih setahun dihambat pandemik COVID-19 yang tidak berkesudahan, sekatan penuh kali ini pastinya akan memperlihatkan senario sama, jika tidak lebih parah berbanding PKP 1.0 awal tahun lalu.

Jika PKP 1.0 menyaksikan 700,000 rakyat kehilangan pekerjaan, kali ini pastinya kesan diterima lebih dahsyat, apatah lagi negara juga belum pulih sepenuhnya daripada kemelesetan ekonomi yang dibawa pandemik tersebut.

Langkah awal kerajaan dengan mengumumkan pengeluaran akaun 2 KWSP atau i-Lestari sebanyak RM500 setiap bulan selama enam bulan sedikit sebanyak melegakan orang ramai.

Bagaimanapun, ketika pandemik masih dilihat tiada penghujung, semakin ramai masyarakat daripada pelbagai golongan mula dilanda kesempitan, walaupun datang daripada kategori T20.

Senario ini mendorong beberapa figura politik ternama, termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersuara lantang, mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran Akaun KWSP sehingga RM10,000 secara one off, bagi membantu meringankan beban rakyat.

Sentimen sama turut disuarakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendesak kerajaan untuk bersikap lebih prihatin terhadap kebajikan rakyat.

Akur dengan desakan itu, kerajaan akhirnya memutuskan untuk membenarkan pencarum mengeluarkan wang dari Akaun 1, dan ia sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada semua individu terlibat.

Umum mengetahui, Jun 2021 adalah tempoh akhir pengeluaran menerusi aplikasi i-Sinar, khususnya kepada pencarum yang membuat permohonan pada Disember tahun lalu.

Desakan hidup yang kian menghimpit membuatkan mereka merayu pertimbangan kerajaan agar memperkenalkan i-Sinar 2.0, demi kelangsungan hidup.

Ada yang sehingga merayu bantuan dan campur tangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah, agar perkara itu dapat direalisasikan pada kadar segera.

"Tuanku Agong, mohon tuanku tolong kami yang marhaen ini dapat keluarkan wang titik peluh kami i-Lestari dan i-Sinar KWSP. Terdesak sangat, Tuanku. Ampun Tuanku," kata seorang individu yang menggunakan nama Kencana Emas di Facebook.

Antara rayuan daripada orang ramai yang memohon pengeluaran KWSP bagi meringankan beban.
Antara rayuan daripada orang ramai yang memohon pengeluaran KWSP bagi meringankan beban.

Pemerhatian Getaran mendapati, mereka turut menubuhkan sebuah kumpulan, dianggotai 350,000 pengguna Facebook yang menggunakan 'KWSP i-Lestari/i-Sinar Group Info' untuk tujuan berkenaan.

Seorang pengguna, Hisham Sham turut merayu supaya 'Abah' (gelaran diberikan kepada Muhyiddin) meluluskan pengeluaran KWSP 2.0 sebanyak RM10,000.

"Abah bantulah kami dalam kesusahan ini. Luluskan KWSP 2.0 RM10,000," katanya.

Bukan hanya di Facebook, Twitter KWSP Malaysia turut dihujani rintihan sama termasuklah daripada golongan M40.

"M40 terkesan tapi tiada bantuan moratorium, jadi terpaksa la ambil daripada KWSP, ini saja yang tinggal, i-Sinar 2.0 please," ciap seorang pengguna.

Rakyat boleh terus merayu dan merintih, namun apakah ia akan didengar pihak berwajib?

Tiada jawapan pasti untuk persoalan itu sebenarnya, kerana dalam konteks sekarang, sukar untuk dipastikan matlamat sebenar kerajaan. – Getaran, 3 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 6 bulan yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 7 bulan yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia