web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Tidak Sebelahi Mana-Mana Negara, Sambut Baik Pelaburan Beri Manfaat - PM

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2024 12:24PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan akan terus menggalakkan pelaburan yang memberi manfaat kepada Malaysia tanpa mencampuri geopolitik mana-mana negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, meskipun menyedari dua negara kuasa besar, iaitu China dan Amerika tidak mempunyai hubungan yang baik sesama mereka, namun Malaysia tidak berminat untuk menyebelahi mana-mana pihak.

"Cuma ada beberapa hal yang dibesarkan, soal Palestin dan China kerana banyak negara barat agak sangsi mengapa nampak kita berdamping dengan China, jawapan saya mudah, kita negara kecil, kita mahu berkembang, kita jaga kemaslahatan rakyat.

"Kumulatif pelaburan dari Amerika masih nombor satu dan kita tidak ada masalah pelabur dari Amerika datang, kita sambut dengan baik," katanya semasa berucap pada perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Anwar berkata, Malaysia juga tidak mahu menimbulkan masalah dengan China juga merupakan negara jiran walaupun ada sedikit perbezaan pendapat, hal itu dibincangkan dengan baik.

"Jadi apabila saya ditanya soalan, bab Chinafobia atau Sinofobia, saya jawab tak ada sebab untuk ada permusuhan dan anti sesiapa," katanya.

Anwar berkata, meskipun Malaysia berbeza pendapat mengenai sikap Amerika dalam soal perang Israel-Palestin ataupun keganasan dan kezaliman Zionis Israel ke atas bumi Palestin khususnya Gaza, hal itu disuarakan dengan terang.

"Bukan saya nak pilih untuk buat kenyataan-kenyataan yang keras terhadap orang lain, saya lebih baik tumpu perhatian untuk betulkan ekonomi negara kita, struktur negara kita, angkat martabat negara kita, tetapi kalau anak-anak kecil, bayi, wanita, orang tidak bersalah itu dihancurkan tiap hari, maka berdepan dengan Presiden Joe Biden, tentunya saya ambil kekuatan untuk menyatakan sikap pendiriannya.

"Saya kata saya tidak bangkitkan soal dia iktiraf Israel, soal dia sokong Israel, saya kata hentikan kezaliman dan pembunuhan ini segera," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Agong Berkenan Terima Menghadap PM China Li Qiang

4

Semasa 2 minggu yang lalu

China Sedia Kerjasama Dengan Malaysia, Bina Komuniti China-Malaysia - Li Qiang

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Sukan 6 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Semasa 17 jam yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos