web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Agong Berkenan Terima Menghadap PM China Li Qiang

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2024 5:20PM

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri China Li Qiang di Istana Negara. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri China Li Qiang di Istana Negara di sini.

Ketibaan Li pada kira-kira 3.30 petang turut diiringi Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing serta delegasi China.

Yang turut hadir pada sesi menghadap itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad.

Li tiba di Malaysia semalam bagi memulakan lawatan rasmi hingga esok dan ini merupakan kunjungan sulung beliau ke negara ini sejak menyandang jawatan itu pada Mac 2023.

Lawatan beliau juga bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia China susulan pemeteraian Kenyataan Bersama antara Tun Abdul Razak dan Chou En Lai pada 31 Mei 1974.

Dalam rangka lawatannya hari ini, Li dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri majlis makan malam bagi menyambut ulang tahun ke-50 hubungan dua hala antara dua negara dan sebelum itu, Li dijangka menghadiri majlis pecah tanah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Gombak.

Perdana Menteri China itu turut dijadual menghadiri majlis makan tengah hari bersama komuniti perniagaan dari kedua-dua negara sebelum menamatkan lawatan rasminya ke negara ini, esok.

Pada 2023, China kekal sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009 dengan nilai dagangan RM450.84 bilion (US$98.90 bilion).

Hubungan Malaysia dan China semakin kukuh susulan peningkatan hubungan dua hala melalui Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2013. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Agong Berkenan Persembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kepada Sultan Brunei

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia, China Komited Pertingkat Kerjasama Demi Kepentingan Bersama

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Nombor Plat FFF 1 Milik Agong, Salur Nilai Bidaan RM 1.75 Juta Kepada Kerajaan

4

Semasa 1 minggu yang lalu

China Sedia Kerjasama Dengan Malaysia, Bina Komuniti China-Malaysia - Li Qiang

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

Politik 14 jam yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri

Semasa 7 jam yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

oleh Wartawan The Malaysian Insight