web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cabut Selepas Lihat Rakan Dilanggar, 2 Suspek Kes Samun Diberkas

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2024 8:54PM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Dua suspek yang disyaki terlibat dalam kes cubaan samun hingga menyaksikan rakan mereka maut dilanggar kereta mangsa di Kuala Kedah kelmarin, berjaya diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata kedua-dua suspek berkenaan ditahan pada hari kejadian, di dua lokasi berbeza.

Katanya, seorang daripada suspek ditahan di Mergong, Alor Setar manakala seorang lagi di Jitra.

"Kedua-dua mereka dibenarkan untuk ditahan reman selama enam hari bermula semalam hingga 25 Mac depan.

"Selain itu, pemandu kereta tersebut turut direman selama empat hari bermula semalam hingga 23 Mac depan bagi disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.39 pagi Selasa lalu, seorang suspek samun maut setelah motosikal dinaikinya dilanggar kereta dipandu mangsa di Pekan Kuala Kedah.

Kejadian itu bermula apabila tiga suspek yang menaiki dua motosikal cuba menyamun suspek di depan sebuah farmasi dekat kawasan tersebut.

Seorang daripada suspek dikatakan memukul cermin depan kereta mangsa menggunakan sebatang objek hingga pecah.

Mangsa yang ketakutan, kemudian terus memecut keretanya bagi melepaskan diri.

Dalam cubaan melepaskan diri itu, mangsa bagaimanapun telah melanggar motosikal seorang daripada suspek yang cuba menghalangnya di bahagian depan kereta.

Kejadian itu menyebabkan suspek tersebut yang berusia 29 tahun maut di lokasi kejadian manakala dua lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu, melarikan diri serta-merta. – Getaran, 21 Mac 2024.

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Politik 1 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Semasa 13 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan