web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2024 8:49PM

Gambar - BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menghantar sebanyak 100 kontena merangkumi 1,358 tan barangan terdiri daripada pelbagai sumbangan ke Gaza menerusi misi bantuan kemanusiaan keenam yang dilancarkan hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 100 Kontena Malaysia Dari Kaherah ke Gaza itu yang diketuai Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang dekat sini.

Beliau berkata Malaysia bertekad untuk membela nasib penduduk Gaza dan Palestin dalam apa jua keadaan malah kerajaan sentiasa menyusun serta menghulurkan bantuan di pelbagai peringkat membabitkan agensi dan organisasi seperti МАРІМ.

"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga komited untuk membantu MAPIM menerusi penghantaran barang ini yang dibeli di Mesir khususnya di Kaherah.

"Jadi, urusan kerajaan dengan kerajaan akan diuruskan oleh Perdana Menteri sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelepasan misi bantuan itu.

Ahmad Zahid juga berkata Anwar dijangka menghubungi Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi untuk membincangkan misi bantuan yang dikendalikan MAPIM itu agar dapat memudahkan proses penghantaran sumbangan ke Gaza.

Perdana Menteri turut hadir untuk memberikan sokongan kepada MAPIM pada majlis pelepasan misi bantuan itu sebelum beliau berlepas ke Kuantan, Pahang atas urusan rasmi.

Ketua Aktivis MAPIM yang juga ketua misi berkenaan, Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, kontena bantuan yang terdiri daripada bahan asas seperti tepung gandum, kotak makanan, barangan ibu dan bayi itu bernilai RM12 juta.

Beliau berkata sumbangan itu juga melalui pendanaan bersama enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai MAPIM dengan kerjasama Cinta Gaza Malaysia, Iman Care Malaysia, Pertubuhan Glokal Ihsan Malaysia, Persekutuan Persatuan Islam New Zealand dan Yayasan Al-Khair dari United Kingdom.

"Misi ini adalah satu usaha nasional yang dikelolakan oleh NGO dengan dibantu pihak Kerajaan Malaysia sebagai bukti bahawa biarpun kita kerdil atas peta dunia namun kita semua memiliki hati yang besar dan tidak pernah putus asa untuk membela Gaza," katanya.

Misi bantuan itu membabitkan 20 anggota delegasi yang akan berada di Kaherah selama 10 hari untuk membuat segala persiapan serta proses penghantaran ke sempadan Rafah dan mereka dijangka pulang tiga hari sebelum Aidilfitri. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Peminat Apple Teruja, Tak Kisah Beratur Panjang Untuk Jadi Pelanggan Pertama

2

Semasa 1 minggu yang lalu

China Sedia Kerjasama Dengan Malaysia, Bina Komuniti China-Malaysia - Li Qiang

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia, Pakistan Sepakat Terus Zahir Solidariti Kepada Penduduk Gaza

4

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 7 jam yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

Semasa 18 jam yang lalu

Kantin Sekolah Di Batu Pahat Diarah Tutup Selepas 90 Pelajar Keracunan Makanan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa