web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 Kuarters Hospital

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2024 8:29AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 bangunan Blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafız Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pada 4.28 petang dan anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati seorang kanak-kanak telah meninggal dunia.

Beliau berkata, siasatan awal ke atas ibu dan bapa mangsa yang kedua-duanya berumur lingkungan 30-an mendapati ketika kejadian, seisi keluarga itu sedang tidur.

"Ketika ibu mangsa bangun dari tidur, beliau mendapati anak bongsunya itu berada di bahagian luar tepi jendela di ruang tamu yang telah terbuka tetapi tidak sempat mendapatkan mangsa sebelum mangsa terjatuh ke bawah," menurutnya dalam kenyataan, semalam.

Mohd Hafız berkata, kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi dan punca kematian masih dalam siasatan.

"Satu kertas siasatan kes mati mengejut telah dibuka berkait kejadian tersebut dan ibu bapa mangsa juga akan diambil keterangan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Nak Tukar 'Lane' Tu Bagilah 'Signal', Kesian Abang Ni Jatuh

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 21 Kondominium

3

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Alahai Kasihan, Harap Tak Serius

4

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Aduh Bang, Kan Dah Jatuh Semua...

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 15 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 16 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad