web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selangor Terima 615,000 Dos Vaksin COVID-19 Sehingga 1 Jun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 8:22AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sejumlah 615,000 dos vaksin COVID-19 telah diterima Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) setakat 1 Jun, merangkumi 434,070 dos vaksin Pfizer; 146,440 dos vaksin Sinovac dan 34,700 dos vaksin AstraZeneca.

Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Bilik Gerakan Negeri Selangor, pemberian vaksin COVID-19 fasa pertama melibatkan 233,874 dos, manakala pemberian bagi fasa kedua adalah 192,096 dos.

“Jumlah keseluruhan vaksin yang telah diberikan ialah sebanyak 425,970 dos,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, urusan pengagihan vaksin dikendalikan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan bekalan vaksin yang diperuntukkan kepada negeri diturunkan kepada JKNS, disalurkan kepada bahagian farmasi dan diagihkan kepada Pusat Kesihatan Daerah (PKD) serta Pusat Pemberian Vaksin (PPV), untuk diberikan mengikut agihan yang telah ditetapkan.

“Selangor mempunyai kemampuan untuk memberi suntikan vaksin harian lebih tinggi daripada sekarang. Namun, kita tidak boleh menggerakkan PPV ke tahap yang maksimum, kerana penerimaan vaksin yang diterima oleh Selangor hanya setakat yang telah dinyatakan sahaja,” katanya.- Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia