web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KJ, Usah Perlekeh Nyawa Rakyat - Anwar Ibrahim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 10:42AM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menggesa supaya Kerajaan Persekutuan berhenti bermain politik, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat “penipuan” membabitkan dos vaksin COVID-19 yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Menurut Anwar, jumlah dos vaksin yang diperoleh kerajaan negeri itu daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sama sekali bercanggah dengan data dikeluarkan kementerian berkenaan.

Ketua Pembangkang itu berkata, Selangor hanya memiliki 615,000 dos vaksin sehingga 31 Mei lalu, berbanding 2.9 juta yang dikatakan telah disalurkan kepada negeri tersebut.

"Khairy (Jamaluddin) perlu menjelaskan bagaimana penipuan ini boleh berlaku. Sepanjang hayat saya dalam arena politik, tidak pernah saya melihat ketidakcekapan, keangkuhan dan kekejaman seperti ini.

“Berapa banyak nyawa yang boleh diselamatkan jika kerajaan lebih cekap dalam mengendalikan pemberian suntikan vaksin," katanya yang turut menyifatkan kerajaan seolah-olah sedang memperjudikan nyawa rakyat.

Jumlah dos vaksin yang diterima oleh Selangor itu didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Negeri (Kesihatan), Dr Siti Mariah Mahmud.

Semalam, 103 pesakit COVID-19 maut, sekali gus menaikkan jumlah kematian kepada 3,096 sejak pandemik ini bermula awal tahun lalu.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut  membidas tindakan Khairy yang hanya membenarkan penglibatan sektor swasta dalam pemberian vaksin selepas dikritik, susulan pertambahan jumlah kematian.

“Ini menyebabkan ramai orang membuat spekulasi bahawa terdapat tangan ghaib yang sedang memperoleh keuntungan dari pemberian suntikan vaksin, sedangkan rakyat biasa perlu bersabung nyawa.

“Kita perlukan kepimpinan yang jelas. Kita perlukan kepimpinan yang tekad, bukannya orang yang berpura-pura pandai tatkala ramai yang terkorban,” tegasnya. – Getaran, 4 Jun 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia