web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Kaji Gubal Ordinan Bagi Golongan Anti Vaksin - Hamzah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 5:17PM

Hamzah Zainudin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji untuk menggubal ordinan bagi membolehkan tindakan diambil terhadap golongan anti vaksin yang menghasut orang ramai agar menolak vaksin COVID-19.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ordinan sempama itu mungkin diperlukan memandangkan ada kempen yang dilakukan pihak tertentu untuk menolak vaksin COVID-19.

“Insya Allah sekiranya boleh, ia akan dijadikan sebagai satu ordinan. Sekiranya mereka (golongan anti vaksin) tidak mahu mengambil vaksin, itu adalah masalah mereka, tetapi yang menjadi masalah adalah mereka buat kempen untuk orang tidak ambil vaksin.

“Itu menjadi masalah kepada kita (kerajaan),” katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan mengejut pematuhan prosedur operasi standard di sebuah pusat membeli-belah, di sini, hari ini.

Beliau berkata negara ini perlu mencapai imunisasi kelompok bagi membolehkan kesemua aktiviti ekonomi dan sosial beroperasi semula seperti biasa.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Khas) Bukit Aman Datuk Mastor Mohd Ariff, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim dan Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia